OLE OLE LONDON PARIS

Sepanjang aku dok melihat dan merasai kemeriahan MAHA 2012 dan juga melayan karenah anak anak dengan 1001 kisah, kawan aku dok berjimba jimba di Paris dan London. Pengsan

Aku memang pesan pun kat dia untuk tangkap seberapa banyak gambar. Kejam tak? hahaha….Gigih. Yelah kan, setiap gambar ada lagu dan ceritanya huhu. Betul tak? Bolehlah aku buat entry ulasan dan berangan nak pergi sana pulak lepas ini? Oh…misi mustahil gamaknya.

Nasib baiklah dia belikan 1001 macam ole ole dari London dan Paris ini. Ternganga sejenak aku dibuatnya. Betul ke original semua ini? Khabarnya barang barang di Paris dan London semuanya original – no cetak rompak bagai OK.

Cuma aku hairan, kenapa harga barangan ‘berjenama’ disana lebih murah berbanding di Malaysia? Coklat pun sama gak. Kenapa harga coklat disana lebih murah dan sedap?

Sabar je lah. Kebanyakan barangan yang dibeli ialah daripada jenama Calvin Klien. Murah kot kalau beli kat sana.

Syukurlah nak…dapat juga merasa barangan macam ini pada harga yang berpatutan + lebih murah

Yeah….Beg LV ini katanya di sana harganya sekitar RM3K sahaja. Tapi kalau di Malaysia harganya akan menjadi sekitar RM5K macam tu. Jadi, boleh agaklah kenapa orang orang kaya dato’ dan datin berbelanja sakan kalau pergi melancong di Eropah. Barangan mewahnya memang murah.

Yeah..aku dapat tali pinggan dan dompet. OK lah tu huhu

Ada banyak lagi gambar, boleh LIKE dan lihat di Facebook Mykeledek

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI