Salah satu aspek penting dalam penjagaan anak kucing parsi ialah ‘tahi mata’. Memang kene selalu tengok / check mata anak kucing parsi itu samaada bersih atau tidak + ada tahi mata atau tidak. Biasalah, kucing flat face macam kucing parsi ini memang sensitif dengan keadaan matanya. Kene pastikan BERSIH. Takut+ nanti kene jangkitan sakit mata. Baik cegah awal-awal
Bersihkan dengan menggunakan air kosong + kapas. Settle…janji bersih. Lagipun aku tengok, anak anak kucing parsi ini macam dah buka mata. Kiranya lepas ini memang akan start merayap tak tentu hala 🙂
Satu persatu dibersihkan. Aku cuma perlu bersedia dengan keadaan anak anak kucing yang dok mengiau ngiau nak makan + main + berak merata rata sahaja. Pengsan
OK je. Janji anak anak kucing ini membesar dengan cepat, sihat dan kuat.
Ada banyak lagi gambar, boleh LIKE dan lihat di Facebook Mykeledek