PANDUAN TAWAR MENAWAR

Tawar menawar merupakan satu kemahiran yang perlu tahtkala kita mahu membuat pembelian di mana mana negara di ASEAN. Hampir kesemua barangan berkaitan pelancongan tidak mempunyai harga yang tetap / boleh ditawar – daripada harga bilik / rumah tetamu / Baju ataupun teksi.

Disini aku senaraikan beberapa tip dan panduan untuk mendapatkan harga terbaik / menawar barang :-

1. Usha -usha
Sebelum membuat sebarang pembelian, kita digalakkan untuk membuat servey / usha barangan yang kita mahu beli. Boleh dikatakan kesemua gerai jualan di kawasan pelancongan menjual barangan yang hampir kurang sama. Apa yang membezekannya adalah harga jualan yang berbeza-beza kepada setiap pembeli (bergantung kepada beberapa faktor).

2. Datang Awal
Dikebanyakan negara, penjualan pertama di awal pembukaan perniagaan dianggap sebagai ‘lucky sale’. Penjualan diawal pagi lebih mudah dan penjual bersedia untuk berkompromi ke atas harga barangan. Mood tengah baik katanya 🙂

3. Senyum
Jadikan proses tawar menawar ini sebagai satu proses interaksi yang mesra terhadap warga tempatan.

4. Berdrama
Pastikan anda bijak berlakon untuk membuat apa-apa babak drama singkat. Jangan tunjukkan sangat minat anda untuk memebeli barangan yang dimahukan. Ini kesilapan aku semasa di Phuket dahulu.

5. Mula Menawar Pada Harga Yang Rendah.
Pastikan anda menawar harga sekurang-kurangnya 50% daripada harga asal.Jangan sesekali menjawab soalan ‘ How much do you want to pay’. Biarkan penjual menetapkan harga pertama. Ini juga kesilapan aku semasa di Phuket dahulu.

6. Bagi Muka Kepada Penjual
Pastikan urusan tawar menawar dilakukan secara sopan dan teratur. Pastikan si penjual yang menentukan harga akhir bagi barangan yang ingin dibeli. Win – win situation

7. Sanggup Untuk Berjalan Jauh
Tiada gunanya anda stay lama pada sesebuah kedai itu jika urusan tawar menawar tidak berjaya. Jika penjual itu benar benar mahu untuk membuat jualan, mereka sendiri akan mengejar anda dan memberikan harga tawaran yang lebih baik. Anda perlu yakin akan kuasa anda sebagai pembeli. Ala-ala ‘penjual bukan dia seorang sahaja’. Banyak lagi kedai boleh kita tawar dengan jayanya lagi 🙂 Pengsan

Walaubagaimanapun, di sesetengah tempat pelancongan yang agak berstatus, penjual tidak akan mengejar pembeli. Secara kebiasaannya, pembeli akan membeli barangan di gerai pertama mereka lawati dengan harga yang sama.

Ia suatu perkara yang tidak elok jika anda sudah membuat tawaran, akan tetapi anda tidak membuat sebarang pembelian. Pengsan..fikiran orang kaya memang macam ini.

8. Gunakan Bahasa Tempatan
Seelok-eloknya gunakan bahasa tempatan tatkala membuat sebarang pembelian. Sekurang kurangnya kene tahu menggunakan perkataan ‘mahal’ atau ‘discount’. Mungkin daripada situ proses jual beli akan menjadi lebih mudah. Kalau tak tahu sangat, gunakana sahaja kalkulator atau notepad sebagai alat bantu ‘mengajar’.

9.Selepas Jualan
Ada sesetengah tempat, si penjual membuat drama sandiwara untuk menambah hati pelancong untuk membuat pembelian dengan mereka. Dikatakan kebanyakan penjual memang melakukan tektik ini setiap hari. Pengsan… propa sana sini.