RESTAURANT SONGKET

Pada hujung minggu yang lalu, aku dan beberapa orang rakan yang lain telah pergi makan di Restaurant Songket yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur. Tak rancang pun nak makan di restaurant ini. Pada asalnya nak makan di Resturant FullHouse. Tapi apakan daya, pada ketika itu restaurant ini ditutup kepada orang awam dek kerana ada majlis perkahwinan yang diadakan disini. Pengsan

Takkan nak makan di Old Town White Coffee plak kan? Kami keluar makan makan ini pun cz nak sambut anniversary salah seorang kawan. Pengsan… Last last decide makan je di Restaurant Songket yang terletak di belakang Old Town White Coffee. Baru aku ingat, Nuffnang ada hantar invitation untuk makan makan disini rasanya.

Dikelilingi oleh bangunan pencakar langit + apartment mewah…. Pengsan. Tengok je lah kan!

Nak makan apa ek kat tempat macam ini??? Aku tergamam jap. Mahal betul harganya. Ini makanan orang yang berduit lebih je rasanya. Pengsan….

Apapun, sesuai dengan konsep restaurant melayu mewahnya….mereka ada menyediakan LIVE SHOW berbentuk tarian tradisional melayu. Aku tengok memang ramai pelancong asing yang makan kat sini. OK…bangga jap

Bagi aku, harga disini macam agak mahal bagi rakyat biasa seperti aku kot. Bayangkan, nasi putih je berharga RM3….makanan pembuka selera pula RM30. So u can imagine berapa harga makanan / minuman yang dijual disini. Congak congak je u ollzzz.

Oh…macam ini kot style di restaurant mewah + mahal. Siap ada gomen tax + service charge. Kawan Kastam yang diraikan pada masa itu bagitahu….gov tax akan dikenakan terhadap mana mana restaurant yang memperoleh keuntungan melebihi RM500K sebulan. Pengsan

Kami order Pembuka Selera + 6 nasi putih + ikan masak lemak dengan mangga + daging masak hitam + sayur pucuk paku + sambal belacan + ulam ulaman + sejag air ais limau + air jus + air soda huhu…

Agak lama juga kami menunggu makanan tiba. Almost 20min macam itu. Oh, mungkin mereka masak by order. Itu yang take time kot huhu…

Huhu….total bill ialah sekirat RM320 macam itu. Jadi seorang bayar sekitar RM40 camtu. Sedap lagi makan di Restoran Anwar Roda Baru Puchong 🙂 Mesti menangis mat mat salleh tu kalau makan di Restoran Anwar Roda Baru Puchong. Sedap yang amat. Harga pun berbaloi huhu…. – SEKADAR REVIEW PERIBADI SAHAJA>

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI