BIRTHDAY DI ANA IKAN BAKAR PETAI

Malam 11 Disember 2012 – Meh lah kita makan ikan fresh di Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi 🙂 Inilah kedai makan nyum nyum paling hampir dengan rumah. Service pun cepat huhu

Terletak berhampiran dengan Plaza Tol Bangi + Balai Bomba + Balai Polis Bandar Baru Bangi – Memang strategik betul kedudukannya.

Tempat luas..pekerja ramai..harga pun boleh tahan OK..service pun cepat. Kira OK lah kan semuanya. Memang susah nak dapat kedai makan seafood yang macam ini dikawasan sekitar bandar. Nak lagi sedap? Pergilah Muara Ikan Bakar Pelabuhan Klang. Tak pun Umbai Melaka….Ye tak? huhu

Order apa? Nasi putih + Sambal Belacan + Sayur Campur + Telur Dadar + Ikan Siakap Masak Stim 3 Rasa + Udang Bakar Petai + Sotong Goreng Tepung + Teh O Suam + Teh Halia. Nyum nyum….

Ikan / Udang / Sotong tu kami pilih sendiri. Cuma aku macam nak try ikan talapia merah hidup or ikan keli hidup semalam. Cuma macam tak sampai hati plak nak makan 🙂 huhu Beli je yang dah mati

Agak sedap juga makanan disini. Pedas + Manis. Tapi sayang, minyaknya agak banyak. Kalau dikurangkan sedikit mesti lagi sedap kot.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI