Ada KEK untuk majlis perpisahan Jiela dan Hari Jadi aku semalam – 11 Disember 2012 🙂 Betul betul diluar pengetahuan aku. Pengsan
Plannya cuma ada jamua makan nasi tomato sahaja Siapa tahu, majlis kecil kecilan ini menjadi besar. Aku sendiri tidak menjangkakan untuk sambut hari jadi aku. tak tahu siapa punya idea. Mungkin secara kebetulan juga kot. Cz 11 Disember 2012 juga merupakan hari terakhir Jiela bekerja sepejabat dengan kami 🙂 huhu
Hampir kesemua staff berkumpul makan sama sama. rasanya ini adalah kali pertama majlis seumpama ini diadakan. Siap ada kek bagai. Tergamam aku jap
Yeah…mari kita tiup lilin sama sama. Ini adalah kek hari jadi aku kedua sepanjang aku hidup. Kek pertama dihadiahkan oleh SU 🙂 Hari jadi aku 3 tahun yang lalu. Dibuat di Johor Bharu – Restoran Makanan Cina yang SUPER SEDAP. Dia bagi Kek Ais Krim. . . tak tahu plak aku ada rupanya kek ais krim. Sedap
Nyum nyum…secara kebetulan pula nasi tomato yang dimasak hari itu sangat sedap. Memang kami semua sebulat suara kata SEDAP. Murah rezeki aku / Jiela lepas ini 🙂 Amin
Semua menu yang disediakan pada hari itu sedap sedap belaka. Nyum nyum
TERIMA KASIH SEMUANYA
Semoga umur dan tahun baru ini aku akan terus maju maju dan maju. Murah rezeki …panjang umur … dan segala galanya berjalan dengan lancar, baik dan hebat. Insya- Allah
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) danGoogle +