HADIAH BIRTHDAY DARI JIELA P.

image

Awal plak aku masuk office hari ini 🙂 pengsan. Yang peliknya, masuk masuk je ada bungkusan besar atas meja aku. Lagi pelik. Oh, mungkin makcik makcik office kirim hadiah untuk majlis perkahwinan wawa kat Melaka sabtu ini kot.

image

Sangkaan aku silap. Rupanya ini adalah hadiah birthday aku dari Jiela. Hahaha. . Semalam dia datang jap. Oh, dengarnya dia tengah bengang dengan karenah birokrasi kerajaan 🙂 Dok banyak sangat tempat nak kene lapor diri. PKP je pun. . Untuk lapor diri sahaja, dia kene dapatkan surat daripada 5 jabatan. Kiranya time lapor diri, dia kene ada 5 surat. Macam tu? Hahahaha sungguh terserlah birokrasinya. Siapa yang buat dasar ini memang perlu #%&*%#*/.

Sedih. . Yang pasti, aku dapat bayangkan feel, amarah dan kebengangan Jiela pada masa ini hahahaha. Apapun, terima kasih kepada Jiela yang sudi bagi hadiah ini. Ahaks. . Sesuai r ni. Macam tau tau je aku suka pinggan mangkuk ahaks.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI