Pusat membeli belah Thuong Xa Tax (Saigon Tax Trade Center) – menjual jenama terkenal, pakaian, barangan kulit, kraftangan, aksesori, barang kemas, mainan, dan buku-buku dll. Kiranya lebih kurang macam shopping mall juga lah nie.
Aku pernah round round dalam sini sebelum ini. Agak berpatutan juga harganya. Sesuailah kalau kaum wanita datang sini. huhu…cantik, selesa dan banyak barangan boleh dibeli. Ala-ala Sago pun ada juga rasanya.
Tingkat 1 – Tax Supermarket menawarkan pelbagai jenis barangan terutamanya produk buatan tempatan.
Tingkat 2 – pelbagai kedai-kedai yang menjual gourmet Vietnam dengan pelbagai reka bentuk, pakaian, blaus, skirt, hiasan beg, kasut dll.
Tingkat 3 – kraftangan dan cenderahati yang mencerminkan budaya Vietnam
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) danGoogle +