FAKTA MENGENAI HONG KONG PART 1

hkflag.jpg

  1. Hong Kong terletak di pantai tenggara China di muara Sungai Pearl yang mengadap Laut China Selatan. Meliputi kawasan seluas 1,100 kilometer persegi (425 batu persegi), wilayahnya terdiri daripada Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan Wilayah Baru.
  2. Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan bermusim. Musim ribut taufan ialah pada bulan Mei hingga November
    Musim Bunga
    Mac – pertengahan Mei : Suhu dan kelembapan meningkat. Petang boleh jadi sejuk
    Musim Panas

    Lewat Mei – pertengahan September : Panas, lembab dan cerah dengan hujan sekali-sekala serta petir
    Musim Luruh
    Lewat September – awal Disember : Angin nyaman, cuaca cerah dan suhu yang nyaman. Ramai menganggapnya sebagai bulan-bulan terbaik bagi setiap tahun
    Musim Sejuk
    Pertengahan Disember – Februari : Dingin, kering dan berawan, kadangkala angin sejuk. Cuaca boleh jatuh di bawah 10ºC di kawasan bandar
  3. Penduduk berjumlah lebih kurang 6.9 juta
  4. Bekalan elektrik – 220V / 50Hz  – UK plug – Sama dengan Malaysia 🙂
  5. Zon Masa : GMT +8
  6. Kod Panggilan Antarabangsa : Dail+852 untuk menghubungi nombor telefon di Hong Kong dari luar. Tidak ada kod wilayah.
    189_1680_948 2
  7. SEJARAH : Bandaraya Hong Kong yang sibuk dan pesat membangun, pada awalnya hanyalah merupakan sebuah perkampungan nelayan yang ketika ia dijajah British pada 1984 ekoran Perang Candu Pertama dengan China.Kegagalan Kerajaan Dinasti Ching untuk menghentikan perdagangan candu, menyebabkan Hong Kong diserahkan kepada British di bawah Perjanjian Nanking pada tahun berkenaan. Semenanjung Kowloon diserahkan pada 1860 dan perjanjian pajakannya selama 99 tahun bagi Wilayah Baru, yang merangkumi kawasan utara Kowloon hingga ke Sungai Shenzhen, berserta 235 kepulauan, telah dipersetujui pada 1898.Di bawah prinsip unik “Satu Negara, Dua Sistem”. Hong Kong dikembalikan kepada China pada 1 Julai 1997 sebagai Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Persetujuan ini membolehkan Hong Kong menikmati kuasa autonomi, mengekalkan sistem kapitalisnya, badan kehakiman bebas dan pemerintahan undang-undang, perdagangan bebas dan kebebasan bersuara.Pelabuhan Hong Kong yang mengagumkan menjadi kunci utama kepada pembangunannya sebagai sebuah pelabuhan perdagangan dan entrepot bagi China, yang pesat membangun melalui satu era industri untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan dan kewangan terulung di Asia.
  8. Teras utama Hong Kong ialah Pelabuhan Victoria, yang memisahkan Pulau Hong Kong dari Kowloon serta Wilayah Baru hingga ke sempadan Tanah Besar China. Wilayah Baru ini juga meliputi lebih 260 kepulauan.
  9. Walaupun kawasan bandaran yang padat, tetapi lebih 70 peratus keseluruhan keluasan Hong Kong adalah kawasan desa, termasuk kira-kira 40 peratus taman-taman Negara yang dilindungi dan mudah dikunjungi.
  10. Kantonis adalah dialek bahasa Cina yang dituturkan oleh 95% penduduk Hong Kong. Bagaimanapun, bahasa Inggeris digunakan secara meluas di kawasan tumpuan pelancong dan di kalangan masyarakat peniaga. Sebahagian besar pemandu teksi dan jurujual boleh berkomunikasi dengan bahasa Inggeris.

Sumber : Google & Discovery Hong Kong

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI