Secara jujur, ini adalah kali ke 2 aku makan di Restoran Rasamas. Pertamanya di Jusco Tebrau JB dan keduanya disini 🙂 Alamanda Putrajaya huhu
Kiranya aku suka gak makan produk ayam daripada syarikat adik beradik KFC ini. Dulu aku suka.gak makan di Restoran Ayamas. Tapi not sure kenapa Restoran Ayamas ini susah nak cari. Adapun Kedai / Cafe Ayamas. Pengsan
Bagi aku, sedap lagi makan di ayamas berbanding rasamas – pendapat peribadi.
Kami order HOT DEAL yang berharga lingkungan RM30 lebih. Nampak macam besar je ayam dalam gambar tu. Hihi
Tapi sedih. . Ayam / hidangan yang dihidangkan TAK SAMA 🙁 Tertipu Mak. . . Betullah. . Mana mana pun sama je. Indah khabar dari rupa. Nasib baik kami.bayar guna kupon. Kalau tak. . . Errrrrrmmmmmmm
Rasa makanan disini ala ala makan dirumah. See, soup dia pun ala ala sayur bening yang aku masak dirumah 🙂 apa ke maknanya tu hihi