BAWA MAK KUCING KE HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI

image

Sudah sampai masanya untuk bagi ubat cacing untuk mak kucing Ratu Cici Esmidar Gonzales De Albukeq hihi. Seperti biasa, Klinik Haiwan Kesayangan Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia menjadi tempat untuk kami check kesihatan mak kucing ini. Same goes to anak anaknya nanti 🙂

image

Cici makin kurus sekarang ini. Semua ini gara gara anaknya kuat menyusu 🙂 Lucky dia pun kuat makan dan minum. Oh, kos pemeriksaan doktor disini ialah RM30 – tidak termasuk suntikan + + + jika diperlukan.

image

See. . . Hospital Veterinar disini dah macam Hospital orang. Bezanya cuma disini akan ada banyak gong gong dan ngiau ngiau bagai hahahahaha. Tapi jangan risau, kaunter kucing dan anjing diasingkan.

image

Alang alang bayar RM30, haruslah tanya Puan Doktor tu banyak banyak soalan hihi.

image

Kesian, doktor pun memang cakap Cici makin kurus. Kene bagi makan banyak lagi ni. Aiiiiiiii pengsan

image

Doktor bagi makan ubat cacing dan cek keadaan badan cici. Yelah kan, baru lepas beranak katanya. Tu yang alang alang, terus minta khidmat nasihat jugak.

image

image

Doktor kata, cici ada banyak kutu 🙁 alamak, bulu kucing ini tebal / panjang ok. Tu yang tak terjaga. Takpe, belajar. . . Doktor pun ada bagi ubat kutu bagai + bagi cadangan jenama yang telah terbukti berkesan.

Nanti aku akan buat entry lain berkenaan dengan kutu kucing ini hihi.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI