Sardin…makanan ringkas sejak dari kecil lagi. Dahulu orang kata makan sardin ini untuk orang yang tengah ‘bajet’ je. Tapi tengok la nie. Harga sardin je dah berapa 🙂 So, apa ke maknanya. Harga sardin meningkat naik dari hari ke hari lah pula.
Kekadang aku memang akan masak sardin. Saja nak imbau kembali kenangan kecil kecil dengan mak aku. Oh…rindu kat mak aku. Kalau nak ikutkan, mau je balik hari hari. Tapi apakan daya….huhu.
Selalunya, mak aku akan masak sardin berserta dengan sambal tumis jawa + sayur bening (sayur kuah) + telur dadar. Style mak aku, dia akan buat kuah cair untuk sardin ini. Kalau ada ulam pucuk ubi kayu, dia akan bagi santan sedikit. Buah cicah dengan ulam pucuk ubi itu. Oh…….kecur air liur mak kucing hahaha
Tapi apakan daya, di bandar ini mana nak cekau pucuk ubi kayu? Duduk kat rumah yang berpenghuni 2 orang sahaja. Pastu hanya seorang sahaja yang suka makan sayur. Acaner tu…..haha. Sabar je lah. Layankan sahaja dengan kacang panjang. Sedap gak ni…. Yummy yummy
Emm… aku lupa lah mak aku suka masak sardin jenama Cinta atau King Cup. Harganya murah tapi dia masak sedap. Alaahhh, kalau reti memasak…masak apapun gerenti sedap. Insyaallah hujung bulan ini aku balik kampung. Yeah……
Apapun, jangan amalkan selalu. Peace
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +