Perjalanan dari LCCT – Lapangan Terbang HCMC mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit ke 2 jam macam tu. Perbezaan masa pula ialah 1 jam. masa di Ho Chi Minh lewat 1 jam berbanding masa di Vietnam.
Apapun, untuk orang yang kuat makan macam kami ini haruslah kene makan walau di mana sahaja berada – walau dalam kapal terbang sekalipun. LAPAR OK kalau dok tercongok je selama hampir 2 jam hihi.
Selalunya kami akan order benda sama je. Yang ala ala masakan melayu juga – ada nasi
Yeah….lauk kari, nasi lemak dan nasi goreng tetap menjadi pilihan.
Semua sedia maklum makanan di Kapal Terbang memang mahal ( lagi mahal kalau beli di dalam kapal terbang ). Nak kata tak mahu makan, kita tidak boleh jangkakan ‘kelaparan dan nafsu makan’ kita pada masa itu. Jadi, apa solutionnya? Kene beli / booking awal awal looor. Hargapun area RM10 lebih berbanding harga jualan semasa penerbangan (RM18).
Kalau dah orang kiri kanan + satu kapal terbang berbau makanan, takkan kita nak telan air liur je kan? hihi … At least kene ada sesuatu
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +