Hajah Basiroh – nama yang popular dikalangan masyarakat Malaysia yang dok datang ke Ho Chi Minh City Vietnam ini. Yup….kami antara orang yang bertuah cz dapat berjumpa face to face dengan beliau huhu
Siapa sangka, daripada keratan akhbar yang ditunjukkan oleh Naili beberapa minggu yang lalu . . . telah menyebabkan aku mengenali ‘siapa itu Hajah Basiroh’ 🙂 Rezeki yang tidak disangka katanya
Tanpa kami sedar, Rupanya Hotel tempat kami tinggal ini rupanya betul betul terletak berhadapan dengan Restoran Hajah Basiroh +++. Syukurlah nak. Aku terkejut berok jugak tatkala baru nak check-in hotel tu. Excited nak mampus haha
Senanglah kan kami nak makan. Kalau u ollz nak tahu, harga makanan disini murah. Purata makan untuk 2 orang ialah sekitar 110,000 Dong lebih atau lebih kurang RM18.00 – RM20,00. So, lebih kurang makan kat Malaysia gamaknya. Kira murahlah tu kan.
Lauk pauk dan makanan yang ada disini memang dimasak disitu jugak. Kami boleh nampak dia masak 🙂 Tengok kat gambar gambar tu, lebih kurang masakan Malaysia kan? Memang selera orang melayu betul.
Selama 3 hari 2 malam di HCMC ini, kami memang makan disini. Harganya murah dan kira OK jugak rasanya huhu.Nyum nyum
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +