Tadi bawa mak kucing si Cici Esmidar Gonzales ke Klinik Haiwan dan Surgeri Taman Equine Seri Kembangan. Dok nak bersihkan bengkak pada puting susunya yang dah pecah + buat rawatan susulan. Insyaallah.
Doktor cukur bulu dikawasan yang bengkak tu. Nasib baik dia kata sakit cici nie tak bahaya sangat. Tu yang lega sedikit. Apapun, doktor bagi ubat sapu untuk diletakkan dikawasan yang bengkak tu 3 kali sehari.
Bengkak dia ini adalah disebabkan samaada anaknya tidak minum susu pada bahagian tersebut ataupun kesan daripada gigitan anak anaknya. Kesan alert dgn susu ibu
Siap bagi serekup kat kepala lagi tu. Untuk elakkan Cici daripada menjilat pada bahagian yang disapu dengan krim tu. Huhu. . . Harap cepat sembuh. Nampak dia tak selesa. . Tapi pasrah.
On more thing, dia dah sembuh dari demam. Jika semalam suhu badannya ialah 40.02 darjah celsius, hari ini suhunya dah turun kepada sekitar 37 darjah celsius. Huhu
Lets pray to cici. Banyak betul cabaran menjadi ibu muda nie 🙂 ahaks