HCMC 2 : KAMPUNG MELAYU HALAL RESTORAN

71529_471232282933707_1021292998_n (1)

Ho Chi Minh ialah salah satu bandar pelancongan mesra HALAL. Memang sesuai untuk rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Tak susah nak cari restoran makanan halal + masjid disini. Alhamdulillah lah kan

Kami sampai ke Hotel Pink Saigon 2 area jam 8.30 – 9.00 malam macam tu. Perut pun dah lapar. Tu yang terus makan kat Restoran Kampung Melayu Halal. Tengok harga pun diorang macam berpakej. Kira nampak macam OK lah kot 🙂 Ahaks

537443_471232502933685_148327198_n

Restoran ini terletak berhadapan dengan hotel tempat kami menginap + restoran Hajah Basiroh. So, memang senang lah kan. Cuma yang membezakannya Restoran Kampung Melayu Halal ini nampak lebih exklusif dan teratur – katanya.

530538_471231979600404_476376837_n

16757_471232082933727_841021539_n

Hampir kesemua pelanggan yang makan di sini ialah warga negara Malaysia – tengok muka dah tahu hihi. Sweet

74507_471231982933737_982359184_n

1759_471232349600367_585259142_n

Kami order makanan berset – 2 pinggan nasi ayam, ayam masak kari, sayur campur, sup kosong, air kelapa dan air jus epal = RM45 ( termasuk tax)

427474_471232416267027_990207454_n

582526_471232446267024_1547691277_n 299086_471232422933693_855394721_n 64089_471232342933701_2082658229_n 3858_471232246267044_218127044_n

Bagi aku, tak berapa sedap sangat pun. Agak tak berbaloi la kot – pendapat peribadi. Tak sesuai dengan harga yang dibayar. Sedap lagi makan di Restoran Melayu ( Bersebelahan dengan Hotel La Jolie ) dan juga makan di Restoran Saigon ( Berhadapan dengan Masjid Al-Rahman) – Aku pergi semasa kunjungan pertama aku Mei 2012 yang lalu. Harga yang dibayar berbaloi dengan rasanya.

Lain orang lain citarasanya 🙂

206102_471232549600347_615534795_n

Korang boleh cuba makan disini nanti.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI