Di Ben Thanh Market, District 1 Ho Chi Minh ini memang banyak je hotel bajet. Memang kedudukannya strategik dan berdekatan dengan mana-mana restoran halal. Syukurlah nak
Sepanjang 3 hari melancong / melawat / berkunjung ke Ho Chi Minh City ini, kami duduk di Hotel Saigon Pink 2. Kos untuk semalam RM90 macamtu. Kira OK lah kan. Datang sini nak tengok tempat orang. Bukannya nak tidur di hotel yang selesa 🙂 Aku tengok average hotel hotel yang ada disini memang nampak lebih kurang je. So, aku anggap kos hotel disini agak murah. Nampak gaya macam 2 – 3 bintang macam tu r. Harga tak termasuk makan. Perlu ke nak makan di hotel? Baik makan di restoran yang memang nampak halalnya. Betul tak?
Kira boleh tahan jugak lah hotel ini. Perkhidmatan Wifi pun ada disediakan secara percuma – tapi tak laju sangat lah huhu. But still boleh layan.
OK kan hotelnya? Biliknya pun kira OK gak. Not bad. Next time kalau datang sini boleh lah duduk di sini atau area sini.
Disini, mereka serve kopi Trung Nguyen 🙂 Ada sedikit kelainan dan aku teramat suka dengan rasa kopinya. Memang tak sama dengan kopi Nescafe 🙂
SEDAP!!
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +