HAILAM CHICKEN RICE

image

Lama kot aku tak buat entry pasal makan makan nie. Ada je stok gambar + cerita pasal makan makan nie. Cuma kekadang tu aku terlupa nak update. Kekadang tu, mood nak buat entry pun agak kureng. Moody sokmo hahaha.

Nak kene jaga anak anak dan mak kucing + kerjakan vendor + business. Tak menang tangan gamaknya u ollz. Lama aku tak pergi jalan jalan ke Bukit Bintang. Especially Plaza Low Yat. Nak beli PSP katanya. After beli PSP tu perut rasa lapar r plak. Penat berjalan, dok lapar r plak kan. Ingat nak minum Cool Blog di tingkat bawah Plaza Low Yat. Alamak, dah tak ada r plak. Terus tukar plan, makan nasi ayam di Hailam Chicken Rice Bukit Bintang.

image

Ownernya cina. Tapi tengok gaya ada pekerja melayu dan ada je customer melayu yang bertudung dan membawa keluarga makan disini. Ada sijil halal kot. Ok, layankan je

image

Aku dan kawan aku order Nasi Ayam Roaster dan Ayam Stim + air kelapa + ais lemon tea = RM27.50

image

image

Restorannya betul betul terletak di kawasan pembinaan MRT di Bangunan Uda Mall BB Plaza. Memang tempat strategik betul r kawasan ini nanti sebaik sahaja MRT ini siap sepenuhnya. Not bad juga r rasanya. Memang nasi ayam style chinese. Next time boleh datang sini lagi. . . Aku suka air kelapanya. Rasanya ‘jujur’ cz aku boleh makan isi kelapanya. Agak susah nak jumpa kedai makan / restoran yang bagi air kelapa yang boleh makan ‘ isinya’. Syukurlah nak

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI