Al Fatihah dan salam takziah untuk diri sendiri dan keluarga aku. Insan kesayangan kami / nenek aku telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Pahat.
Satu satunya nenek yang dapat / sempat aku jumpa dan sempat kenal. Atuk meninggal sewaktu aku berusia 5 tahun. Ini belah mak. Belah ayah aku memang kami tak pernah / sempat jumpa.
Sakit semenjak seminggu yang lalu. Dek kerana itulah aku tidak keruan sejak dua menjak ini. Nak tulis entry pun seakan tiada mood. Sedih cz arwah merupakan satu satunya tempat kami sekeluarga bergantung suka dan duka – sebelum ini.
Syukurlah cz semua urusan berjalan dengan lancar. Beliau selamat dikebumikan sebentar tadi. Alhamdulillah. Allah lebih sayangkan dia. Aku tak tahu selepas ini, tatkala pulang ke kampung nak pergi berjumpa dengan siapa. Cz selama ini, kalau pulang ke kampung, dialah antara orang pertama yang aku akan.jumpa dahulu.
1001 kenangan bersamanya akan sentiasa tersemat dalam hati kami / aku hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya mati itu benar. Alam barzakh itu benar. Hari akhirat itu benar.
Bersih & tenang.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Insyaallah. Amin
Al- Fatihah