MAKAN AYAM PENYET DI RESTORAN BIBIK

image

Hampir 2 tahun kot rasanya tak merasa makan di Restoran Bibik. Restoran ini terletak di Taman Universiti Skudai JB + belakang factory outlet Al-Ikhsan + area AEON Jusco Taman U.
image

Aku kalau datang sini memang akan order ayam.penyet dan pecel lele. OMG, rindunya makan benda alah ini. Yang penting murah + panas + sedap. Yup, aku sangat suka sambalnya. Sangat jawa ok haha.

image

Tadi malam aku order 2 set terus 🙂 ayam penyet + pecel lele. Satu makan kat luar. Satu lagi makan kat bilik hahaha. Tiap set tu ada sambal yang super sedap + keropok + sayur kubis + sup + nasi yang banyak! Pengsan. Jumlah harga yang perlu dibayar ialah RM9.50.

Sangat murah bukan? Memang puas hati. Owner restoran ini namanya memang bibik pun. YES, dialah tukang masak kat restoran ini. Air tangan dia kot rahsia keenakan ayam penyet / pecel lele kat sini.

image

Rasa macam nak makan lagi je malam nie. Hihi. . . . Rindu

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI