Anak anak kucing parsi ini kuat minum susu. Kitorang bagi minum susu ini pun as alternative tatkala mak diorang ini sakit dahulu. Boleh refer story story berkenaan diorang sebelum ini 🙂 OK
Sebelum ini, kitorang bagi minum susu cair. Agak mahal jugak harganya, RM7 untuk 250ml dan RM26 untuk 1liter. Pengsan. Dek kerana anak anak kucing ini makin lama makin berselera minum susu, so cepat je lah habis. Memang ulang alik membeli susu je lah gamaknya. Pengsan banyak kali.
That why terus decide bagi je susu tepung dan bancuh sendiri 🙂 hahahaha. Nasib baik anak anak kucing ini tak secerewet mak diorang time kecil2 dulu. Aiiii, pengsan nak layan.
Apapun, tips berguna disini ialah susu tepung tu tak boleh letak air banyak sangat. Diorang tak suka susu cair hihi. Dah macam mak mak plak aku dok membancuh susu. Kawennya idok lagi. Memang syurga tempat aku 🙂 express.
Comel comel dan buntal buntal anak anak kucing ini cz minum susu. Bau pun sedap je. Aku memang suka cium anak anak kucing ini lepas diorang minum susu. Macam baby haha. Yang penting kita akan rasa puas time tengok diorang menjilat jilat kekenyangan dan nampak ‘susu kat dagu diorang’. Memang puas hati. Peace