Orang kata, sebelum pergi ke mana-mana tempat yang asing, kita kene tahu dahulu sifat dan ciri ciri tempat dan penduduk dikawasan itu. Jadi, disini aku senaraikan tambahan 25 fakta mengenai bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam :-
- HCMC merupakan bandar terbesar di Vietnam. Ia lebih besar dari ibu negaranya sendiri, Hanoi.
- Bandar ini menampung kira kira 6-7 juta orang.
- Cuaca di HCMC lebih kurang sama dengan cuaca Malaysia. Tumbuhan di sana juga persis tumbuhan yang ada di Malaysia – getah, kelapa sawit, sawah padi, rambutan, manggis dllSistem lalu lintas kenderaan di Vietnam di pandu sebelah kiri.
- Kenderaan dari Vietnam bebas dipandu masuk sehingga ke Kemboja/Thailand. Akan tetapi, sistem lalu lintas mungkin akan kacau bilau apabila sampai di Kemboja. Ini adalah hasil pertembungan antara kenderaan Thailand yang dipandu sebelah kanan dengan kenderaan dari Vietnam yang dipandu sebelah kiri.
- Penduduk di HCMC mempunyai rupa paras yang seakan wajah nusantara – digelar bangsa Cham.
- Secara kasar, penduduk di HCM ini terdiri daripada 2 ras. Pertama, ras kulit kuning langsat (suku-suku etnik Vietnam dan cina); keduanya adalah ras Melayu ( beberapa sub suku Cham).
- Terdapat 52 etnik di seluruh Vietnam. Sebagai sebuah negara yang ingin mempunyai identiti, warga Vietnam hanya belajar bahasa Vietnam sahaja. Walaubagaimanapunm bahasa etnik lain masih bebas bertutur.
- Bahasa Vietnam tidak sama dengan bahasa bahasa di Kemboja, Thailand dan Laos.
- Beberapa kerat perkataan Vietnam : Tern tien (berapa harganya), Kam Eng (terima kasih), Kam Co Chi (sama-sama), Em (adik), Nam (lelaki), Nu (perempuan) dan Ngay (hari).
- Kiraan satu sampai sepuluh dalam bahasa Vietnam : Mop, Hai, Ba, Bong, Nam, Saw, Bhai, Tham, Ching, Miei.
- Sistem ejaan mereka memakai huruf latin dangan lafaz ABC-nya sama seperti sebutan di Indonesia. Setiap kata-kata yang ejaannya sama, mungkin berbeza bunya mengikut tanda bacaan yang mewakili bunyi nyaring, tinggi, rendah, mendatar dan sengau. Huruf, C dibaca seperti K, Ch dibaca seperti bunyi C dan bunyi Ph dibaca seperti bunyi F sebagaimana yang biasa dalam sistem ejaan bahasa Inggeris.
- Orang Cham mendiami wilayah tengah dan selatan Vietnam, semakin menghampiri sempadan Kemboja, komuniti Cham semakin ramai.
- Walaupun tinggal terpisah dari dunia Melayu dan kini jadi minoriti di Vietnam, orang Cham tetap mengaku diri mereka Melayu.
- Ungkapan seperti Melayu kita, orang kita atau orang Melayu Cham sangat sering kedengaran dari bibir mereka sendiri. Malah kiraan satu sampai sepuluh juga tak jauh beza. Seperti ini; sA, duA, talo, ampat, limA, anam, tuju, Lpan, Semblan, Sapulo. Hanya yang beza kiraan sebelas sampai sembilan belas dihitung begini; pulo-sA, pulo-duA, pulo-talo dan sebagainya.
- Jangan ghairah tukar wang anda kepada Dollar Amerika (USD). Kenyataan bahawa warga Vietnam lebih banyak memakai USD ternyata palsu. Apa yang berlaku, hanya peniaga yang menetapkan harga dalam USD kepada pengunjung luar untuk mendapat untung yang lebih.
- Jika sukar mendapatkan Dong di negara sendiri, tukarkan saja wang anda di Vietnam. Buat warga Malaysia, kita lebih beruntung berbanding rakan-rakan dari negara serantau yang lain kerana di setengah-setengah kawasan, Ringgit juga diterima.
- Harga barangan di sini rata-rata SEPEREMPAT lebih murah dari harga di Malaysia. Jika anda ditawari harga yang nilainya sama atau lebih mahal dari itu, jangan langsung beli sebelum anda mendapat diskaun hampir separuh.
- Khas untuk orang Malaysia, jangan khuatir kalau anda merancang perjalanan ke Ho Chi Minh. Pengaruh Malaysia sangat menonjol. Setiap kali berbelanja, anda akan lazim mendengar kalimat seperti ini “sini kakak, abang, murah-murah”, ad?-ad?, takd?-takd? dan banyak lagi kalimat berbahasa Melayu dialek Malaysia yang lain. Pantang melihat perempuan bertudung (berkerudung) atau wajah-wajah Nusantara, anda pasti akan disapa seperti itu. Pendek kata, siapapun yang datang dari Nusantara akan disangka dari Malaysia.
- Anda akan mudah temui pekerja-pekerja asal Malaysia yang bekerja di bandar HCMC ini.
- Terdapat beberapa restoren makanan halal di bandar ini – VN Halal, Kedai Shamsudin, Saigon Halal dll. Kecuali restoran Pakistan yang menyediakan makanan India, semua restoran lain menyediakan makanan Vietnam dan Malaysia.
- Selain itu ada juga beberapa warung orang Cham yang didirikan di beberapa buah masjid.
- Di sini, pengaruh Malaysia sangat ketara dilihat pada orang-orang Cham. Walaupun bahasa mereka berbeza dengan dialek Melayu lainnya, rata-rata orang Cham boleh bertutur bahasa Melayu sama seperti bahasa yang dituturkan di Malaysia.
- Bahasa Melayu Malaysia diajarkan secara tidak formal di kelas-kelas agama. Malah Bahasa Malaysia dan Vietnam dijadikan bahasa khutbah di masjid-masjid terpilih di sekitar Ho Chi Minh.
- Kedekatan orang Cham (termasuk Cham Kemboja) dengan Malaysia mungkin sudah berlangsung lama. Tidak sedikit dari mereka yang punya keluarga di Malaysia atau pernah belajar di Malaysia atau ada bisnes di Malaysia. Jadi jangan khuatir untuk ke Ho Chi Minh, selain ada orang-orang Cham di sini yang boleh kita anggap sebagai saudara serumpun seagama, pengaruh Malaysia sendiri sangat dirasai berbanding pengaruh negara tetangga.