BUAT VISA UNTUK KE CHINA

image

Nak melancong / bercuti ke China, kene mohon  buat visa dari kedutaan besar China. Alhamdulillah, urusan permohonan visa untuk masuk ke China berjalan dengan lancar. Kaunter permohonan ada dibuka di Level 2, Bangunan Bank of China / OSK yang terletak di Jalan Ampang. Asalnya kitorang datang ke kedutaan besar China, tapi diorang kata nak buat visa kene datang ke Bangunan Bank of China hihi. Pengsan.

image

Isi siap siap borang yang dah di muat turun dari website kedutaan China di Malaysia huhu. Isi kemas kemas dan siap gigih ambil gambar passport baru tu haha. Pengsan banyak kali.

Kos untuk buat visa ini ialah RM78 (termasuk kos perkhidmatan sebanyak RM28) untuk double entry dan akan siap dalam masa 3 hari waktu bekerja. Tapi kalau nak siap cepat pun boleh jugak, cuma perlu bayar lebih jer looor.

Pastu kalau nak single entry pun ok gak. Senang cerita, bayaran untuk permohonan visa tu banyak bergantung kepada beberapa perkara. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Website ini. Memang complete penerangannya.

image

Oh, jangan lupa print out hotel yang korang nak tinggal disana nanti dan juga flight itenary cz diorang nak tengok bukti tu. Macam kitorang haritu nasib baik ada bawa salinan booking hotel yang kitorang dah tempah. Pastu untuk jadual penerbangan pula, kitorang tunjuk via phone je haha. Pastu orang yang jaga kaunter tu terus bagi borang untuk diisi as our declaration la camtu. Huhu, selamat.

Apapun, memang puas hati dengan service diorang. Kaunter banyak dibuka dan service pun sistematik. Like it so much. Tapi, yang paling tension, rupanya boleh kirim orang tolong buatkan visa untuk kita. So, tuan punya badan tak perlu datang pun takpe. Hoho.

Hati berdebar debar nie. Doakan yang terbaik untuk semuanya. Amin.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI