MEMBASMI KUMAN KUTU DAN HAMA KUCING

page1

 

Mak kucing dan anak anaknya memang aku lepaskan. Macam tak sampai hati nak kurung diorang. Walaupun dikurung dalam kurunagn yang besar. Aku lebih suka dan gembira kalau anak anak kucing ini membesar dengan riang, berlari ke sana sini dan bermain ikut suka hati dia. Asalkan diorang happy, aku pun happy jugak 🙂

Akan tetapi. dalam kegembiraan memberikan kucing kucing ini hidup bebas, aspek kebersihan dan kesihatan diorang kene jaga juga. 

Lumrah alam, kucing memang suka duduk lepas dan bermain di tempat lembut – sofa, tilam & bantal etc. So, secara tidak langsung kutu, hama dan kuman kuman yang ada pada mereka ini pun ala-ala boleh membiak jugak di tempat temapt seperti ini. Sebelum ini aku tak berapa nak sedar. Tapi selepas aku terdengar perbualan nurse di Klinik haiwan haritu, aku jadi takut plak. Penjaga kucing itu diminta untuk sembur racun yang bersesuaian satu rumah. Cz katanya kucing diorang dah terlalu banyak kutu. Ala-ala raja pembiak kutu yang berjaya haha. Takut

Nurse tu suruh sembur satu rumah guna apa-apa penyembur racun (shieldtox etc) dan kemudian tinggalkan rumah selama lebih kurang 5 jam macam tu. Sembur di kesemua tempat + ceruk dalam rumah especially di tilam dan tempat tempat permainan, tidur dan lepak kucing.. Pengsan.

Tu yang kitorang nak buat nie. Sebelum perkara ini terjadi pada kitorang, baik buat awal-awal. Alang-alang hantar budak budak tu boading kan? Lepas sembur satu rumah tu, boleh lah kitorang lepak luar + tengok wayang etc ke kan?

Kene buat cz anak anak kucing dan mak kucing tu memang bebulu panjang. So, mahu tak mahu memang susah nak kawal kutu tu. Matilah

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI