Lama tu kat Hong Kong, Shenzen & Guangzhou China. So, memang kene bawak ‘agak’ banyak bekalan. Kitorang bawak makanan makanan yang mengeyangkan tapi simple dan mudah untuk di bawa ke mana mana. Apa lagi? Power Bar lah kan? Susah kot nak cari makanan halal yang murah di negara yang punya minoriti muslim ini. So, bawak bekal siap siap.
Paling penting memang Power Bar tu lah. Cz kitorang akan berjalan kehulu hilir dan memaksimumkan masa kitorang kat sana 🙂 Makanan halal pun susah nak dapat. Kalau ada pun agak mahal. Jadi, apa lagi? Tahankan sedikit lah nafsu makan tu. At least balik Malaysia nanti boleh kurus sedikit hahaha. Kekal comel, kacak tampan dan menawan. Gitew.
Apa lagi? Aku bawak bubur nasi segera, cereal, sardin, biskut, mee segera, roti etc. Yang penting aku bawa air mineral sendiri. Aku tak pasti berapa air mineral disana. Tapi khabarnya agak mahal. Tu yang bawak juga 🙂 Pastu aku pun bawa air 100 plus. Air minuman tenaga. Tu yang penting!
Cuma aku harap, nanti kat Hostel tu diorang ada sediakan cerik elektrik atau yang seumpama dengannya. Kalau tak, memang aku akan gigih cari kedai elektrik dan beli terus kat sana. hahaha. Pengsan.
Selain dari makanan, ubat ubatan pun penting jugak. Ubat panadol / mask / minyak angin / ubat sengal tulang / ubat alergik. etc. Aku paling risau cuaca sejuk sebenarnya cz aku memang tak tahan sejuk. That why aku agak titik beratkan ubat ubatan (selain daripada pemakaian).
Doakan yang terbaik.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +