IKLAN TAHUN BARU CINA

http://youtu.be/TsXBrO-MAz0

Selamat Tahun Baru Cina. Oh, musim nak pilihan raya ini ada beberapa video ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang menarik. Antaranya of cz by our current PM. Pada awalnya aku tak tahu pasal video ini. Aku tahu pun dek kerana kritikan orang terhadap video ini. Boleh? hihi tu yang aku dok google terus. Kekadang tu secara kebetulan jugak aku tertengok iklan kat tv. Untunglah kan,

1

 

2

Aku taklah berapa teliti sangat orangnya. Tapi, ada jugak terperasan beberapa paparan yang ‘lain macam’. Antaranya kat dalam picture diatas. Rasanya budak perempuan itu sedang berbisik di telinga PM Najib. Tapi gaya rambut berbeza antara gambar pertama dengan gambar yang kedua. Ke aku yang tak faham jalan cerita? atau video ini versi pendek dan akan ada versi yang panjang lagi nanti? Lelaki pada gambar pertama itu berambut agak tebal (pandangan sisi) berbanding rambut lelaki pada gambar kedua. Pengsan banyak kali.

Lagipun, Malaysia mengharamkan penggunaan mercun bukan? Boleh pulak keluarga itu main mercun. Pengsan lagi.

Oh, ada lagi video ucapan daripada orang lain. Teresa Kok daripada DAP pun ada buat video. hihi, tak larat tengok dia berlakon kat dalam video tu. Kaku semacam. Macam tak ada perasaan langsung. haha tapi video dia ini lebih panjang sedikit (siap ada 2 versi).

See, siap letak lembu dalam kondo lagi. Apa ke maknanya tu? huhu. Apapun, layankan ajer dengan video video ini. Kat Youtube memang ada banyak video video comel, lucu dan kelakar. Memang sesuai ditonton dipagi hari yang indah ini. Pengsan

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI