Seawal jam 6.00 pagi kitorang bangun semata mata nak naik train awal menuju ke Guangzhou. Dari Station East Tsim Sha Tsui, kami naik train West Rail Line menuju ke Station Hung Hom –> kemudian, tukar train East Rail Line yang menuju ke Station Lo Wu.
Sampai sahaja di Lo Wu Station, check out dahulu di imegresen Hong Kong dan kemudian check in pula di imegresen China di Shenzen. Kat sini kene guna visa dan juga isi form departure dan arrival jugak. Pengsan. Proses kemasukan kami di imegresen agak mudah jugak lah tapi mencabar mental. Mau tak kecut perut cz tengok pegawai perempuan di imegresen diorang nampak garang dan tegas. Diorang detail dan check satu persatu dokumen perjalanan kitorang tu.
One more thing, ada kaunter khas untuk pelancong selain daripada Hong Kong. Proses di kastam plak agak mudah cz disini tak perlu sangat keluarkan segala macam benda yang kita letak kat poket bagai. Jz scan beg sahaja. Lain lain tu diorang scan via pintu dan juga alat pengesan yang diorang pegang. Kemudian, apa yang menarik perhatian aku disini ialah, sana sini CCTV. Memang setiap gerak geri kita diperhatikan. Rasa macam tak ada sudut pun yang diorang tak cover dalam CCTV haha. Negara Komunis memag ketat macam ini kot.
Habis je urusan di imegresen dan juga kastam, yeah Welcome To China bebeh!
Ambil gambar ciput2, kemudian mata dok meliar mencari Shenzen Railway Station. Train Station untuk menuju ke Guangzhou via Guangzhou East Railway Station CRH. Kat sini agak susah nak dapatkan info cz hampir tiada info dalam Bahasa Inggeris. Matilah. Jalan kehulu hilir jap, finally dapat jugak info dimana Shenzen Rail Statiin berada. Nasib baik tak jauh sangat.
Emm, nak masuk ke dalam Station ini kene scan lagi. Untuk keselamatan kot. Kemudian, kami pun pergi menuju ke kaunter jualan tiket. Agak susah nak berurusan cz diorang memang tak fasih berbahasa inggeris. A very simple english je. Tak kisahlah, janji selamat sampai. Kami dapat tiket jam 8.31 pagi. Harga tiket ialah CNY79.50. So, kami terus bergegas ke bilik menunggu train loorrr cz pada masa itu dah jam 8.20 pagi camtu.
Shenzen – DongGuan – ZhangMuTou – Shi Long – GZDong
Jarak masa perjalanan ialah lebih kurang sejam setengah. Kami sampai area jam 10.50 pagi. Train ini bergerak dalam lingkungan 150km/j. Konsepnya lebih kurang macam KTM Komuter je tapi lebih laju, baik, efficien dan menepati masa hihi cz designnya lebih kurang je. Dalam train ini ada konduktor yang ala ala pramugari ok. Konduktor ini juga lah yang akan menjual makan dan minum dalam train.
Aku perhatikan, disetiap station konduktor inilah yang akan report pada si penjaga station yang pakai ala ala inspektor polis camtu. Dia report bilangan yang naik train kot. Tiap kali jumpa, masing masing akan buat tabik hormat hihi.
Sepanjang perjalanan aku memang tak lepaskan peluang melihat pemandangan. Memang agak berbeza dan lain daripada apa yang dilihat di Malaysia. Boleh tengok macam mana design bangunan mereka dan juga cara pertanian mereka. Sini kan cuaca ala ala redup dan segar sokmo. Jadi memang mudah kot nak tanam apa apa kot. Tak macam di Malaysia, perlukan rumah hijau bagai untuk melindungi tanaman daripada cuaca panas terik. Ini kelebihan diorang disini kot.
Ok, sampai sahaja di Guangzhou Dong (Guangzhou East) rail station, kitorang terus ambil cari train yang menuju ke Haizhu Square. Haizhu Square ini terletak di Line 2. Oleh kerana Guangzhou East Railway Station ini terletak di Line 2, jadi kitorang kene tukar train di Station Gongyuanqian.Tak mahal pun harga tiket (dalam bentuk coin) untuk ke Haizhu Square ini. Harganya cuma CNY4 seorang sahaja.
Kat sini, proses pembelian tiket semuanya via machine sahaja. So, kaunter customer service tu hanya digunakan untuk urusan tukar duit kecil sahaja. Memang ada banyak machine. Tak macam Malaysia,dok suruh pakai machine tapi sokmo rosak dan bilangannya pun sedikit. Pengsan banyak kali nak beratur panjang.
Nanti aku akan buat entry berasinngan untuk Guangzhou Metro
Guangzhou Metro ini terletak dibawah tanah jugak, cuma bezanya dia lebih simple dan tak sesak macam di Hong Kong.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +