Katanya, untuk perjalanan menuju ke Hong Kong ini, kapal terbang yang digunakan ialah Boeng 777-200. OK, agak besar jugak kapal terbang ini berbanding kapal terbang Airasia yang pernah aku naik sebelum ini. Ini adalah pengalaman kedua aku fly via MAS. 1st time dulu aku pergi Sarawak.
Eh, luas jugak rupanya kat dalam ini. Ini adalah keadaan di business class. Aku tak pasti bagaimana dengan keadaan di Class Economy. Rasanya lebih kurang sahaja kot. Cuma, apa yang membezakannya ialah keluasannya tempat duduk kot.
OK, datang datang je diorang serve air jus. Pilih je nak minum apa – ada 3 pilihan. 1st impression yang sangat pelik. Layanannya baik sangat. Aku tak biasa – boleh? Pastu diorang bagi akhbar Utusan Malaysia. Aku ini dah lah agak kureng percaya dengan akhbar ini. Lebih politik dan drama huhu. Apapun, layankan sahaja.
OK, sebelum berlepas ambil gambar sana sini dahulu hahaha. Posing baik punya.
Seronok tengok pemandangan luar tatkala di atas awan. Cantik yang teramat cantik. Tapi sambil sambil tu tengok jugak menu makanan yang akan disediakan. Diorang ada beberapa pilihan dan kita pilih je mana yang nak. Untuk perjalanan KL to HK, kene pilih menu brunch je loor huhu. Tak kisahlah, janji boleh makan. Nyum nyum
Untuk perjalanan ini, diorang lalu Putrajaya. Jadi, aku berkesempatan tengok pemandangan Putrajaya dan kawasan sekitarnya dari udara. Memang pesat membangun sana sini hihi.
Sambil sambil dok OTW tu, boleh layan audio / video / interactive via screen yang disediakan. OK, jadi perjalanan ini taklah membosankan sangat. Aku layan Hantu Kapcai sepanjang perjalanan tu hahaha.
Sedih cz tingkap terpaksa ditutup dek kerana pancaran cahaya matahari yang agak terik pada ketika itu. Kalau tak, boleh tengok kejadian awan yang cantik – kalau ada.
Huhu, sambil tengok movie tu boleh makan sekali. Aku pilih menu spaghetti bla bla bla. Yang lain lain tu memang menu yang telah sedia dihidang. Tapi memang kerja makan makan makan makan sahaja. Kemudian, minum minum minum minum sahaja. Aku rasa dok sepenjang perjalanan tu makan minum memang tak putus putus dihidangkan. Oh pengsan banyak kali nak habiskan.
Yeah, disini diorang serve Haagen Dazs juga. Oh TIDAK. Aku rasa muka aku ini dah macam ice cream Haagen Dazs pulak. Melantak sana sini. Nyum nyum. Syukurlah,. Ini semua rezeki yang tidak boleh ditolak hahaha.
Kemudian, sempena CNY ini diorang bagi angpow katanya. Chocolate je pun hihi. Tapi rasanya terlalu manis. Aku kurang berkenan.
Dek kerana berada tinggi diatas udara + dok minum dan makan ice cream terlebih dos, aku dok kencing sokmo. Dok ulang alik kencing sahaja hahahahaha. Nasib baik senang nak keluar masuk.
Sambil sambil keluar masuk toilet tu, aku sempat jugak ambil gambar keadaan di toilet diorang. Oh, bersih dan selesa. huhu.
Apapun, syukurlah semuanya berjalan dengan selamat. Pergi dan kembali.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +