HARI PERTAMA DI HONG KONG TAMAT

page5

 

Hari pertama di Hong Kong tamat dengan 1001 kesakitan pada kaki dan lutut haha. Ini semua gara gara tak menyabar nak beratur panjang naik tram The Peak untuk menuruni kawasan temoat tinggi ini.

Jam sudah menunjukkan jam 7.00 petang dan tepat jam 8.00 malam tu akan ada pertunjukan bunga api di Avenue of Star. Silap kami cz tak terfikir nak tengok pertunjukan bunga api itu dari The Peak. Kalau tak, mesti cantik cantik yang amat.

Bayangkan selama hampir 1 jam kami menuruni The Peak. Gigih dok berlari anak hahaha. Agak curam dan menyeramkan jugak tempat ini. The Peak ini macam kawasan tempat orang kaya je. Memang ala-ala filem dan drama Hong Kong pun ada jugak huhu.

Disini jugak, kami jumpa ramai polis yang naik kereta dan moto besar. Memang sama macam apa yang ditunjuukan dalam filem dan drama Hong Kong ahaks. Uniform diorang cantik dan smart.

Apapun, syukurlah sepanjang 1 hari suntuk ini kami berjaya menghabiskan agenda hari pertama kami. Area jam 9.30 malam kami sampai tempat penginapan kami untuk berehat sambil tengok rancangan TV di Hong Kong. Sekali lagi aku seronok dan enjoy tengok TV disini cz tiada iklan iklan berunsur politik bermusim hihi.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI