Hoooreeeyyyy, akhirnya tamat sudah entry untuk Disneyland Hong kong ini. As i mention before, kami pulang area jam 6.00 petang.Maka, berbondong bondonglah orang keluar via main entry itu menuju ke Station Hong Kong Disneyland.
Masih sempat lagi ambil gambar sana sini huhu. Cz suasananya redup dan nyaman sekali pada petang itu. Aku merindui kedinginan suhu dan cuacanya. Boleh? hahahaha.
FYI, kita boleh keluar masuk dari resort ini via tiket yang sama dan pada hari yang sama. Kami tak tahu pun. Kalau tak, memang kami keluar kejap time tu. Tak perlu gigih sangat nak habiskan semua attraction yang ada.
Jam 8.00 malam pada hari itu, akan ada pertunjukan bunga api. Oh, sedih cz tak dapat nak merasa tengok pertunjukan itu. Semata mata dek kerana kami nak berkejar tengok CityGate Outlet. Pengsan.
Aku tengok, belah malamnya nampak macam lebih ramai warga asing / filipina yang datang. Oh, nampak sangat di sini pun ada krisis pendatang asing jugak huhu.
Selamat tinggal Disneyland Hong Kong. Nanti, ada rezeki dan umur yang panjang aku datang lagi OK huhu. Bawa anak bini bagai pulak. Boleh? kah kah kah kah
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +