HARI KETIGA – GUANGZHOU PART 2

Teruja sebenarnya dapat menjejakkan kaki ke Negara China. Rasa macam nak sujud syukur kat situ pun ada juga huhu. Suasana di Guangzhou ini agak lengang dan teratur berbanding dengan Shenzen. Besar kemungkinan di Shenzen ini adalah sempadan Tanah Besar China dengan Hong Kong.

page2

Jika sebelum ini, ramai yang kata di China ini kurangnya penggunaan bahasa inggeris, tapi aku tak rasa macam tu. Normallah tu kan? huhu. Lagipun aku tengok ada je kemudahan/informasi berbahasa inggeris yang ada disini. Syukurlah nak. Besar kemungkinan mereka sudah naik taraf kekurangan yang lalu kot. ahaks.

Guangzhou Metro ini aku tengok kebanyakannnya terletak di bawah tanah, so sebaik sahaja aku menjengah ke atas permukaan tu, aku rasa WOW hahaha. Welcome to Guangzhou!!!

page1 page3 page4

Pada awalnya, agak menggagau jugak nak mencari hotel yang telah ditempah tu.Tengok jalan pulak macam lengang je. Memang raya sakat orang cina kat sini kot hihi. Gigih tengok nota nota dan maps yang telah dibuat dan di print bagai. Kononnya tau bahasa mandarin jugak la nie kan hahaha. Apa yang syoknya kat sini, memang agak susah nak tengok vandalisme kat harta benda awam. Tak nampak pulak aku iklan iklan pelik bagai. Memang komunis dan tegas undang undang kat sini.

Redah punya redah, akhirnya kami sampai juga ke The Bauhinia Hotel Guangzhou China. Syukurlah nak. Nanti aku akan buat entry berasingan mengenai pengalaman aku sepanjang menginap di The Bauhinia Hotel Guangzhou China ini 🙂 Oh ya, kami sampai awal sebenarnya di Hotel ini. Tu yang minta check ini awal. Nasib baik boleh hihi. Area jam 12.00 lebih jugaklah kitorang check in. After rehat beberapa jam, kami keluar jalan jalan area jam 3.00 petang.

Salah satu sebab utama kami menginap di The Bauhinia Hotel Guangzhou ini ialah kedudukannya yang ditengah tengah pusat bandar Guangzhou ( betul ke? ). So, nak ke mana mana senang lah kot ( agaknya ). Tempat pertama yang kami pergi ialah Onelink International Plaza. Khabarnya disinilah salah satu pusat pemborongan yang popular. Ada bertingkat tingkat kedai kat bangunan ini. Setiap tingkat pula menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang amat berbaloi dan murah berbanding harga di Malaysia. Aku tengok, kebanyakan harga yang dijual di sini memang separuh harga (kalau dibandingkan dengan harga jualan di Malaysia). Tapi apakan daya, tengok je lah cz kebanyakan kedai kedai yang ada disini tutp / cuti seminggu sempenan Tahun Baru China. Balik kampung kot huhu.

Selepas itu, kami pun jalan jalan keliling kawasan bandar Guangzhou huhu. Kitorang jalan kaki je OK ahaks. Memang pengalaman yang susah nak jumpa. Jenuh jugak kaki ini nak menapak tapi syok cz cuaca dan suhu yang nyaman. I LIKE

page5 page6page7 page8

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI