Tengahari tadi, aku dan Cik Wawa Rina Natsya Barakbah makan kat Radix FC Cawangan Bandar Baru Bangi. Gigih datang sini pun cz Radix sedang buat promosi diskaun berupa ‘print & redeem’. Kiranya macam konsep online coupon camtu r. Dapat 10% diskaun hihi.
Kalau nak, print je dari FB Radix FC tu. Aku dapat news ini pun cz aku follow Twitter Radix FC tu. Aku tak like lagi rasanya fanpage Radix FC kat FB hahaha. Pengsan terus. Hihi aku prefer twitter berbanding facebook sebenarnya.
Aku ambil Set Nasi Ayam dan Wawa pula ambil Set Ayam Goreng. Oh, sedih cz Set Herbs Rice tak available plak. Seperti biasa, kitorang akan sama sama ambil air cola radix. Nyum nyum.
Time makan nie, tetiba teringat Jiela kat Melaka. Kalau dia ada, boleh lah aku pau dia sokmo hihi. Aaaiiiii, nak.kawen dah makcik dara tu. Huhu.
Time makan tu, ternampak promosi / package terbaru diorang untuk breakfast dan lunch. Dalam diam, tertanya tanya juga dengan timing tu. Breakfast pukul 10pagi sampai 12tghari. Manakala untuk lunch pula start dari 2petang sampai 5petang.
Goodluck.