RAHSIA IKAN PATIN

image

Tatkala entry ini dibuat, aku sedang dalam kekenyangan dek kerana makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak. Nyum nyum nyum.

Kitorang still dalam perjalanan menuju ke Kuantan Pahang. Singgah rehat makan sebentar di Hentian Temerloh. Lapar hihi.

image

Nasib baiklah aku pergi dengan 2 orang anak jati Pahang. So, sedikit sebanyak diorang ajar aku ciri ciri tempoyak yang sedap. Jenis jenis ikan patin ( ikan patin buah, ikan patin muncung ) etc.

image

Tempoyak yang aku makan tu agak masam. Besar kemungkinan tempoyak lama kot. Pastu manisnya pun bukan manis original – manis cz letak gula. Pengsan.

Bahagian ikan patin yang paling sedap dimakan ialah bahagian ekornya. Semakin ke kepala sesebuah bahagian tu, so makin banyak lemak dan berlendir.

Katanya, ikan patin yang dijual ini kebanyakkannya ikan patin sangkar. Kalau ikan patin liar, mau semangkuk ( seketul isi + kuah ) harganya puluh puluh ringgit huhu. Aku ambil ikan patin sangkar (seketul berharga RM7 ). Kat kedai yang aku beli makanan ini pun ada jual ikan patin buah ( sangkar ). Tapi harga seketul ialah RM12. Pengsan. Besar sangat. Takut aku tak habis huhu.

image

Abang Mie pun ada bagitahu ikan patin sangkar paling sedap kalau dibela di Sungai Pahang. Rasanya memang lain berbanding ikan patin yang dibela di kolam, lombong atau PVC. Apapun, semua ini bergantung dengan teknik dan cara ternakan yang betul.

Rupanya, Ikan patin pun boleh digoreng macam biasa juga. Hihi tak tahu plak aku.

Main pointnya, kene pastikan dari mana datangnya dan macam mana ikan patin ini dibela. Daripada situ, kita boleh tahu sesedap mana + bau ikan patin tu. Selalunya kalau ikan belaan ini tak akan sedap kalau dibela di lombong / kolam. Bau tanah beb. Kalau nak bela dan jual pun, kene pastikan ikan yang nak dijual tu diletakkan semalaman di tempat lain / air bersih / kolam PVC. Alasannya, nak hilangkan bau tanah tu.
.
*kalau nak yang lebih rasmi boleh refer agensi kerajaan berkaitan. Pengsan banyak kali terus.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI