POT PET SUNDAY

Ahad. Seperti biasa, aku akan rasa tension dan tak syok – esok kerja. Eeeeeee…bosannya. agak agak esok mahu buat apa ek hahaha. Kerja rutin, biasalah. Apapun, hari ini aku dengan cici sahaja dirumah. So, apa lagi aku join dia tidur sahajalah hari ini (Selain daripada surf internet + +).

Hari ini aku masak nasi guna beras siam jenama jasmine yang aku rasa baunya wangi dan amat mengenyangkan. Beli beras ini pun pasal senang kalau tetiba mengidam / demam nak makan bubur. Selalunya aku memang masak nasi guna Beras Faiza Taj Mahal. Sah sah beras ini tak boleh buat bubur. Itu yang aku beli 1kg beras siam. Sedap dan menyelerakan.  

Cuma aku hairan kenapa Malaysia ini kurang menghasilkan beras sendiri. Malas mahu tanam padi. Salah siapa? Terlalu bergantung kepada bekalan luar. Same goes to cili. Orang Malaysia (melayu) ini malas untuk bercucuk tanam / bertani agaknya. Diberikan peluang tapi banyak yang disia-siakan. Atau mungkin ada sesuatu yang tidak kene pada kerajaan yang memerintah? Salahkan diri sendiri….

Oh, berbalik kepada menu masakan aku hari ini, aku buat lauk ikan talapia goreng yang aku campur dengan kuah masak merah + keropok + ikan masin + telur dadar + sambal = gendut. Pengsan aku. Syukur kerana sejak kecil lagi aku sudah dipaksa untuk memasak. Jadi, sedikit sebanyak aku memang pandai memasak untuk pelbagai jenis masakan. Kalau tak pandai? tengok buku resipi sudah memadai.