HARI KEEMPAT : WINDOW OF THE WORLD SHENZEN

page7

Kalau Malaysia baru nak popular dengan Taman tema Legoland yang punya beberapa model monumen dan mercu tanda popular dunia, Shenzen China dah lama ada katanya hihi. Boleh?

Window of The World ini merupakan salah satu tempat wajib pergi kalau datang bertandang ke Shenzen China ( Betandang katanya ). pengsan.

page1

Antara tempat yang ingin kami pergi di Shenzen ini ialah Window of The World yang popular katanya tu. So, kami pun ON kan je. Tapi kami tak plan pun masuk dalam. Rasanya harga tiket untuk masuk ke dalam ini ialah area RM80 camtu. Lagipun tempat ini terlalu besar untuk kami habiskan dalam jangka masa yang singkat. Aku pulak kalau pergi mana mana nak ambil gambar sokmo sana sini kan? Of cz mau sehari suntuk kat dalam ini.

page3

Tak susah sebenarnya sistem pengangkutan awam di Shenzen ini. Naik sahaja MTR Shenzen. Memang terbaik. Rasanya syarikat yang mengendalikan MTR Hong Kong dan MTR Shenzen ini sama rasanya. Cuma apa yang membezakannya ialah di MTR Shenzen ini diorang hanya menggunakan chips sahaja.

page4

Rasanya, tidak perlu aku terangkan secara detail mengenai susur perjalanan kami menuju ke Window of The World kot. Rujuk sahaja laman web MTR Shenzen. Di situ memang complete dan perfect. KEsemuanya ada diterangkan disitu.

Memang ramai giler orang yang datang ke Window of The World. Memang very the cuti umum.

Kitorang memang tidak melepaskan peluang mengambil gamabr sebanyak yang mungkin hihi. Tak dapat nak masuk dalam, ambil gambar di pintu masuk pun jadilah kan? Sampai jugak la kan? hihi.

page5 page6

Kacak tak aku? Oh. memang kacak tampan bergaya comel. Sujud Syukur Terus.

Bayangkan, di pintu masuk je aku dah dapat rasakan gah-nya tempat ini. Tak dapat nak bayangkan gah yang ada di dalam Wondow of The World ini. Memang menakjubkan kot.

page7

Aku perhatikan, Shenzen dan Guangzhou ini macam bandar besar je kat China. Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana suasana dan keadaan di Beijing dan Shanghai. Mesti lagi hebat perasaannya.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI