HARI KEEMPAT – HUAQIANG ROAD SHENZEN

page3

Shenzen dikatakan merupakan tempat memborong barang kemas dan alat elektrik terbesar didunia. Fakta ini aku dapat based on bacaan aku via google dan juga brochue brochure yang aku dapat dari pusat informasi yang ada.

Bagi barangan elektrik, tempat tumpuan yang popular ialah Huaqiang Road. Macam aman nak datang sini? Same goes to Window of The World, kerajaan disini memang sangat prihatin terhadap rakyatnya. Naik sahaja MTR Shenzen. Nak tahu lebih lanjut, sila rujuk laman web MTR. Study awal awal sebelum datang sini. Tak susah pun nak datang sini.

page1 page2

Keadaan persekitaran dan suasana di MTR Shenzen ini saling tak tumpah macam MTR Hong Kong. Mana mana kaunter informasi dan machine pun ada je versi Bahasa Inggeris. So, buat dek je.

page4 page5

Keluar sahaja kami dari Station Huaqiang, terus terpegun. WOW banyaknya bangunan pencakar langit. Majunya diorang kat sini?! huhu Hebat hebat.

Nasib baiklah time tu orang tak ramai sangat, so kami memang tak lepaskan peluang untuk bergambar sana sini hihi.

page6 page7Sedih jugak sebanarnya cz banyak kedai tutup. Apapun, kene bersyukur cz nafsu membeli tiada. Nak beli apa apa pun tiada yang menarik perhatian. Ada pun gadjet gadjet yang aku sendiri tak pernah dengar. So how? Kita ambil gambar kenang kenangan sahaja lah hihi.

Kalau bukan waktu cuti, rasanya mesti penuh dengan orang rasanya ni. Bayangkan ada berpuluh puluh dan bertingkat tingkat kedai gadjet. Memang syurga gadjet. Kat Low Yat dan Sungei Wang Plaza pun orang dok berpusu pusu beli. Inikan pula di Huaqiang Road. Mesti berganda ganda suasananya.

page8 page9

Kami sampai sini area tengahari jugaklah. Memang matahari agak terik time tu. Shu pulak ala ala suam suam kuku 20 darjah celsius hihi. Lepak lepak tengok orang lalu lalang, kemudian kami bertolak pulang ke Hong Kong 🙂

page10

Proses di Kastam dan Imegresen China agak smooth berbanding proses di Kastam dan Imegresen Hong Kong. 1 jam jugak lah kat Imegresen Hong Kong. Menariknya di sini, diorang ada kaunter khas untuk senior citizen dan orang kurang upaya. Dah tukar bahasa Mandarin kepada Kantonis plak kat sini huhu.

Apapun, kene sujud syukur jugak nie cz semua urusan dipermudahkan olehnya. Alhamdulillah. Kami selamat pulang ke Apple Hostel di Chungking Mansion dengan selamat. Bagaimana kami pulang via train? Prosesnya tetap sama macam mana kami pergi. Nak info mengenai train / MTR di Hong Kong? Terjah laman web MTR Hong Kong.

Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga sepanjang di negara China ini. Walaupun hanya mengunjungi Guangzhou dan Shenzen sahaj, banyak yang dapat kami pelajari. 1001 pengalaman berharga yang tak mungkin dapat dilupakan. OK, kami dah ikut sunnah nabi. Belajar sehingga ke negara China. Bukan ke pengalaman itu juga suatu bentuk pelajaran?

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI