HARI KEEMPAT – LADIES MARKET HONG KONG

Aku memang tabik spring dengan pihak yang bertanggungjawab dengan pelancongan di Hong Kong ini. Maklumat dan informasi yang diorang bagi sangat hebat dan diluar jangkaan aku. Kesemuanya PERFECT. Tak sangka diorang akan terjemahkan laman web diorang dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Teruja kejap huhu.

page1

Ladies Market merupakan salah satu daya tarikan utama di Hong kong ini. Kiranya kalau tak datang sini memang pelik bin ajaib lah orang tu. Tempat free pun tak nak pergi kan? hihi.

Ada banyak laluan / station yang boleh pergi ke Ladies Market ini. Nak tahu lebih lanjut, sila terjah Laman Web Lembaga Pelancongan Hong Kong.

page2 page3

Ramai giler orang kat sini OK. Hong Kong amat berbeza dengan Guangzhou dan Shenzen China. Sana sini ramai je orang hahaha. Ini yang kami mahukan. Oh Yeah.

Konsep yang ada disini lebih kurang Petaling Street / Masjid India. Ada 1001 macam barangan yang dijual disini. Of cz barangan tiruan kan? huhu. apapun, kita layankan sahaja Ladies Market ini. Sempat jugak beli baju dan beberapa barangan cenderahati untuk diri sendiri. huhu.

page4 page5

Kene pandai pilih lah kan barangan apa yang yang dibeli. Selalunya memang kene tawar sehingga separuh harga barangan yang diorang tawarkan,

page6

Agak banyak juga barangan / deretan kedai yang ada di Ladies Market ini. Memang puas hati lah datang sini.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI