AL-MAIDAH HALAL RESTAURANT HONG KONG

page1

Sebaik sahaja selesai solat dan melihat persekitaran Kowloon Mosque & Islamic Centre, tetiba je perut terasa lapar. Boleh? Hajat dihati memang teringin nak makan nasi. Oh, NASI FOREVER.

Selalunya dimana ada masjid, disitu ada restoran makanan halal.Syukurlah di masjid ini diorang memang ada menyediakan keterangan dan panduan restoran makanan halal yang ada di Hong Kong. Pada masa yang sama, ada je banner / bunting / brochure tanda arah restoran makanan halal. So, tak susah sangat nak cari. Yang susahnya nak keluarkan duit tu hahaha.

page

Tak susah nak cari Al-Maidah Halal Resturant ini. Betul betul terletak dalam bangunan yang bersebelahan dengan masjid ini. Nasib baik Al-Maidah ini betul betul pure halal. Kene hati hati dengan status ‘halal’ sesebuah restoran di sini. Kekadang, nama je halal. Tapi jual arak. Pengsan.

Oh ya, alamat Al-Maidah Halal Resturant ini boleh rujuk di gambar yang pertama tu. Tak larat nak taip dah nie huhu.

page5

Di Hong Kong ini, makanan halalnya agak mahal ( sangat mahal ). Nak beli makanan tu kene ikut bajet duit dan bukannya ikut nafsu semata mata. Gitew.

Apapun, tak rugi beli kat sini. Memang sedap pun. Kalau tak sedap, memang kami akan cakap sedap hahaha. Kami tapau nasi arab sahaja ( RM35 camtu ).

page2page3

Not bad jugak kot rasanya hahaha. Nyum nyum. Berkongsi makanan OK. Sangat kusyuk dan tawaduk. Kami tapau je cz disini menu untuk ditapau dan di makan di restaurant berbeza. Aku sendiri tak tahu kenapa. Maybe memang macam tu kot budaya diorang. Lagipun harga makanan yang ditapau lebih murah sedikit. So, ON je.

Malam tu kami tidur dengan kepuasan dan kekenyangan hasil makan nasi arab ciput berharga RM35 ( huhu ). Tamat sudah cerita hari keempat. huhu.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI