Sebagai orang Islam,sudah semestinya makanan halal dan masjid merupakan salah satu perkara utama yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perjalanan itu dimulakan. Jadi, aku tidak mahu perjalanan ke HCMC kelak sedikit terganggu gugat dek kerana perkara ini.Lagi-lagi kali ini pergi bersama orang tua. Kene pastikan segalanya berjalan lancar.
Kalau kita google tentang Saigon atau Kota Ho Chi Minh, memang susah untuk kita cari keterangan tentang masjid di Ho Chi Minh City ini. Data yang ada disitu pun cuma menyebutkan populasi umat Islam adalah kurang dari 2%. Berikut merupakan taburan penduduk HCMC berdasarkan kepada anutan agamanya : Buddha 80%, Katolik Roma 11%, Protestan 2%, lain-lain (Cao Dai, Hoa Hao, Islam , Hindu, Baha’i) 2%, dan tidak ada agama atau tidak diketahui 5%.
Akan tetapi, dikatakan tidak kurang daripada 16 masjid di sekitar kota HCMC ini. Ini berdasarkan kepada pembacaan aku. Tidak pasti betul atau tidak.
Bersama ini aku senaraikan beberapa masjid yang ada disekitar HCMC. :-
Masjid JAMIA
Jl. Dong Du No. 66, District 1
Ho Chi Minh City
telp. 08-823 2159
MASJID RAHIM
Indonesia – Malaysia
45 NAM KY KHOI NGHIA STREET
DIST. 1, HO CHI MINH CITY
MASJID ANWAR
157B/9, Duong Ba Trac Street, District 8, HCMC
Masjid Al Sa’adah
45/67n Binh Tien Street, District 6, HCMC
MASJID HAYATUL ISLAM
317/75 Cach Mang Thang 8 Street, Dist. 10, HCMC
MASJID NIAMAT AL ISLAMIYAH
360 Cach Mang Thang Street, Dist. 3, HCMC
MASJID NOORUL ISLAM
HUONG STREET, BINH THANH DIST, hcmc
MASJID AL MUWAHIDIN
306 Song Hanh Ha Noi Street, Phuoc Long A, Dist. 9, HCMC
MASJID JAMI-UL MUSLIMIN
52 Nguyen Van Troi Street, Phu Nhuan Dist., HCMC
JAMIUL MASJID AL MUSULMAN
66 Dong Du Street, Dist. 1, HCMC
MASJID JAMIUL ISLAMIYAH
495B, Tran Hung Dao Street, Dist. 1, HCMC
JAMI’A AL MASJID
641 Nguyen Trai Street, Dist. 5, HCMC