POT PET JUMAAT MALAM SABTU

Pejam jelik pejam celik, hari jumaat kembali lagi. Esok sabtu, lusa ahad…dan begitu juga seterusnya. Aku rasa seakan masa berlalu begitu pantas. Rasa seperti baru semalam aku monday sick. Rasa baru semalam aku berjalan-jalan keliling Shah Alam semasa study week exam untuk degree. Rasa seperti baru semalam aku konvo. Sekejap betul masa berlalu

Pejam celik pejam celik, aku sudah duduk disini hampir 10 bulan. Seakan baru semalam aku ulang alik Shah Alam – Dungun – Sentul – KL -Dato’ Keramat – Damansara – Bukit Bintang – Putrajaya – SeMalaysia. Siapa tahu selepas ini akan menjadi SeAsean atau mungkin SeDunia. Berjalan sana sini mencari pengalaman. Aku tidak suka berjalan sebenarnya. Sedikit kedekut 🙂 Mungkin semua ini takdir tuhan. Aku ada tanda lahir di tapak kaki kanan, kaki kiri dan dada. Mungkin tanda lahir ini salah satu faktor yang mendorong … siapa aku dulu, kini dan selepas ini.

Betapa umur manusia ini sangat bersifat fana. Kenapa? Kekadang aku memikirkan seakan baru minggu lepas je aku merajuk dengan sepupu aku dan balik jalan kaki dari sekolah tadika. Lucu bukan? Rasa baru sebentar sahaja aku terpaksa menjaga adik aku yang masih dalam buaian sementara menanti mak aku menoreh getah dibelakang rumah. Rindu pada family aku. Ikutkan hati, mahu sahaja aku balik kampung selalu. Ulang alik naik kereta atau bus. Tapi apakan daya, semua itu perlukan kos. Kalau naik bus, siapa yang akan jemput di pekan. Public transport disana tidak sebagus disini. Pada masa yang sama, aku lebih suka untuk salur ‘tambang’ pergi balik itu via deposit machine sahaja. Boleh balance untuk simpanan aku. Biar ongkosnya sahaja yang balik.

Oh, rupanya malam ini adalah last episode untuk Drama Journey To The West. Lucky aku menontonnya hari ini. Rupanya begitu pengakhiran lagenda ini. Hurmm.. khabarnya cerita ini ditulis oleh salah seorang penulis popular. Jadi, kisah ini hasil daripada khayalan dan imaginasi si penulis. Itu hasil pemahaman daripada pembacaan aku jerk. Pengsan

Aku suka drama atau filem lagenda cina sebenarnya. Kisahnya unik dan panjang dan sedikit rumit untuk difahami. Rugi aku tak beli buku versi BM pasal sejarah cina tulisan orang cina Malaysia hari itu. Tak tahu ada lagi tak. Apa yang penting, ceritanya berkisar dengan sejarah Dinasti Ming iaitu sebuah kerajaan cina islam di negara China. Seperti biasa, aku memang suka membaca buku buka yang berkaitan dengan Sejarah + Islam. Aku macam rasa kebanyakan sejarah sejarah yang berkaitan dengan islam kurang pendedahan dan seakan banyak yang dilenyap/dihilangkan dari pengetahuan orang. Tidak pasti, akan tetapi itu cuma telahan aku sahaja. Tiada bukti atau background yang kukuh.

Apa yang pasti, banyak sejarah ketamadunan manusia yang seakan hilang begitu sahaja. Sejarah yang tercatit pada mana-mana buku sejarah perdana seakan tidak relevance dengan hukum alam, hukum akal dan yang penting sekali ajaran Al-Quran. Lari dan seakan ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Biasalah, apa-apa buku mesti ada harganya..mahal atau murah sahaja. Ohh aku menginginkan sebuah bilik yang penuh dengan buku-buku bacaan. Tak kisahlah samaada bercorak karton, ilmiah atau ceritera 🙂 Tak apa, beli sikit sikit.