Aktiviti hujung minggu aku dimulakan dengan berkaraoke di Green Box Aeon Cheras Selatan. Selalunya pakej untuk berkaraoke di hujung minggu lebih murah kalau pergi awal hihi. Berkaraoke dari pukul 12.30 tghari hingga pukul 3.00 petang hihi. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM44.10 untuk 2 orang – bergantung dengan jenis makanan yang di pilih.
Aku tadi ambil menu western dan kawan aku pulak ambil menu nasi. Oh, memang tak boleh hidup tanpa nasi haha.
Not bad jugak rasanya. Kira boleh makan nyum nyum sambil melalak sampai bosan.
Banyak gak lagu yang aku nyanyikan. Oh, no need to mention here kot hihi. Buat malu je hahaha.
Kitorang keluar awal. Area pukul 2 petang. Nak solat dan rasa bosan lak menyanyi tanpa ada penonton. Boleh?