Petang semalam dok pergi berjimba di The Garden. Tiba tiba ternampak kiosk I Love Moo Cow Frozen Yogurt. Agak ramai jugak yang lepak kat sini. So, aku pun rasa nak join sekaki je lah kan hihi. Nak rasa je pun. Lagipun sekarang nie rasa macam terlalu banyak pula jenama frozen yogurt nie. Macam macam nama diorang bagi. Untung kot business frozen yogurt nie hihi.
Kitorang ambil perisa Original Yogurt dan Manggo Orange. Topping pulak ambil coco crunch, chocolate, isi kuaci dan buah peach. Rasanya lembut dan memang lain dari yang lain. Konsepnya pun lain. Disini pelayan yang akan tolong ambilkan yogurt dan topping yang pelanggan nak. Tempat lain diorang buat konsep self service.
Aku perhatikan, yogurt yang diorang buat tu macam tak guna machine je. Diorang dok ‘pukul’ secara manual. Guna tangan je. Gigih pekerja tu ‘memukul’. Hasilnya? Memang yummy. Lain dari yang lain, lembut dan sedap. Ada masam masam sedikit huhu.
Jumlah harga yang kitorang makan ini cuma RM23 something je – termasuk tax. So, memang lebih murah lah berbanding jenama lain. Disini RM10 per cup dan toppingnya sekali. So, xdanya nak timbang2 dan pening nak estimate amount yang kita nak.
Suasana tempat makannya very the i love moo cow hihi. Yang penting dipintu keluar tu diorang sediakan tempat buang sampah. So, maknanya lepas makan kene kemas dan buang sendiri lah ek hihi. Pengsan.
Nice concept. Mungkin inilah kot concept kat negara oversea yang kononnya dah maju tu. Ok fine.