PELABURAN ILMU

Agak beberapa hari juga aku tidak update blog aku ini. sesuai lah kot dengan fungsinya sebagai blog peribadi dan hobi masa lapang bukan? Hihi.. Lagipun aku agak sibuk dengan urusan rasmi dan tidak rasmi. Banyak perkara yang perlu difikir dan diselesaikan. Tak lekang juga dengan 1001 jenis perkara dan masalah. Walaubagaimanapun, syukur akhirnya aku dapat mengatasi kesemua perkara ini dengan hati yang aman dan tenteram. Alhamdulillah

Hati syok bukan kepalang. Yelah kan.. Aku berpeluang untuk membeli beberapa naskah buku kegemaran. Hebat bukan? Aku mencari buku sampai ke MPH One Utama. Yang penting, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana. Selama ini aku tengok sahaja dari jauh. Tak sangka pula tetiba terdetik hati juga akhirnya aku nak datang sini. Ada juga alasan nak pergi bukan? Huhu

Belek punya belek minggu lepas aku perhabis dalam lingkungan RM60 camtu. Tapi tak apa.. Aku memang allocate area RM50 sebulan untuk bahan bacaan aku. Lagipun bukannya selalu aku beli buku. Ikut mood.

Memang diakui ada juga beberapa buku yang aku tak sempat nak habiskan bacaan lagi. Tapi at least aku sudah memiliki bahan bacaan kegemaran aku itu. Jadi, kalau ada masa lapang n terluang..pastinya aku akan membelek belek sakan buku itu. Seperti biasa..kalau aku rasakan bacaan aku itu boleh dikongsi bersama..rasanya tak salah untuk aku post beberapa point pentingnya disini.
Hurm…tapi aku rasa bangga dan kagum dek kerana perkembangan penerbitan buku buku berbahasa melayu – novel, agama, rujukan, majalah dll. Yang penting, ada banyak kedai kedai buku dan pesta pesta buku. Bunyinya macam poyo.. Tapi inilah aku. Memang suka menghabiskan masa ditempat tempat macam ini. Hahahaha… Apapun, harapnya aku tak akan boros dengan membeli bahan / buku yang bukan bukan.

Pada masa yang sama, aku tengok ada banyak bahan bahan bacaan luar yang diterjemahkan kepada bahasa melayu. Aku pun kiranya agak lemah dan malas membaca bahan bahan bacaan ringan dalam bahasa inggeris. Lebih berjiwa melayu sedikit. Lainlah kalau buku bercorak ilmiah.. Memang prefer english.

Apapun.. Aku berdoa dan mengharapkan agar kesemuanya berjalan dengan baik. Insyaallah