LOREAL UNTUK AKU

Orang lelaki zaman sekarang sedikit beruntung. Tidak sama seperti pada zaman remaja aka study aku dulu. Pada masa itu, agak jarang jarang jumpa mana mana produk penjagaan badan yang dikhaskan untuk lelaki sahaja. Tak silap aku, rasanya cuma produk Nivea For Men sahaja.

Biasalah, time remaja aka study dulu muka aku penuh dengan jerawat bagai. Mungkin silap aku jugak kot cz kurang tidur dan mencuba terlalu banyak produk pelik pelik. Hasilnya muka yang putih mulus, jadi menggerutu macam bulan. Pengsan…

Asalnya muka aku memang bersih n licin tanpa apa apa cela / jerawat / parut. Tapi, godaan kawan kawan yang berangan dan punya jerawat nie lah yang buat aku terjebak sekali. Apa boleh buat. Muda remaja.. Pengetahuan dan pengalaman pun cetek. Tak ada mentor atau guide yang menberi tunjuk ajar kepada aku.. Gitew

Jadi, kalau mana mana budak yang tanya aku mana produk yang sesuai untuk mereka.. Aku akan jawap, TAK ADA. Semua produk yang ada tu mengarut je. Kulit budak2 remaja ini sedikit sensitif dan sedang dalam peringkat ‘naik hormon’. Jadi, jangan nak berangan untuk pakai mana mana produk yang bagi 1001 macam solution. Senang cerita.. Pakai sahaja air suam untuk bersihkan muka. Tak pun air wuduk 🙂 tuhan tidak akan menyusahkan hambanya. Dan yang penting, tidur kene cukup.

Aku dah cuba banyak jenis produk. Aku tak pasti produk apa yang 1st sekali aku guna. Tapi kerana produk itulah muka aku start berjerawat. Hurmmm.. Nasib badan. Aku pulak dok tanya orang yang sekian lama berjerawat. Jadi, aku punya muka pun makin berjerawat la jadinya. Pengsan

Aku stop, kemudian aku mencuba produk sebamen (ejaan salah kot). Tapi hampeh.. Muka tetap berjerawat juga. Aku belek2 internet, dan aku difahamkan kandungan produk ini datang daripada cocunut dan dalam bentuk buih. Jadi, tak elok untuk kulit.
Terus aku tukar produk kepada pencuci muka dove. Itu pun kerana ramai kawan kawan aku yang menggunakan produk ini. Macam ok je. Yes..syukur, selepas sekian lama.. Akhirnya jerawat aku beransur pulih dengan produk ini. Lama juga aku guna. Memang berkesan jugak lah. Buat kulit muka aku lembab je 🙂 sweet bukan?

Kemudian, lama kelamaan aku rasa bosan. So, aku beralih kepada Nivea For Men. OK juga produk ini. Cuba produk ini buat kulit muka aku sedikit kering dan kusap. Tapi apapun, aku bersyukur cz lama kelamaan parut, jerawat dan jeragat pada muka aku beransur kurang. Lagipun, aku banyak mengamalkan petua petua lain dan makan sayur lebih.

Dan akhir sekali.. Aku berpindah kepada produk Loreal. Aku salah seorang pengguna awal produk ini juga OK. Cehhh.. Bukan apa, cuma atas dasar jenama sahaja. Yang penting, hasilnya memang tidak mengecewakan. Memang sesuai dengan kulit aku. Banyak juga produk Loreal For Men yang telah aku beli. Yelah, sejak sudah bekerja ini.. Alhamdulillah, aku mampu membelinya.

Apa yang penting, sejak Loreal melancarkan produk penjagaan khas untuk lelaki.. Aku tengok banyak juga company / jenama lain yang turut mengeluarkan penjagaan yang lebih kurang sama. Hurmmm… Memang sesuai untuk lelaki.

Seperti biasa.. Mood untuk bertukar produk datang lagi. Pengsan. Aku rasa macam nak guna produk lain. Tapi aku perlu buat research pasal kandungannya, harga dan pasaran. Tak boleh simplify tukar tukar. Rasa macam nak guna SK- 11 hahaha. Tak pun guna Himalaya atau Simple. Hurmmm… Just Think About It