CELCOM BROADBAND mADVANCE RM58

image

Kini aku adalah salah seorang pengguna Celcom Broadband mAdvance RM58 hihi. Sebelum ini aku guna package Basic RM38 je. Package tu limitnya hanya 1G je sebulan. Dek kerana penggunaan internet aku makin tinggi, so aku decide untuk upgrade kepada mAdvance dengan monthly data usage nya ialah 3G.

Lama jugak aku fikirkan untuk upgrade jie. Yelah kan, kat rumah pun guna unifi. Pastu bateri smartphone nie bukannya tahan lama sangat. Tapi dek kerana keperluan mendesak terhadap Kerinchi.com, aku gagahkan jugak untuk call contact center celcom bagi tujuan upgrade.

1G tu memang cukup makan je kalau aku sokmo outstation. Lagipun arahan rasmi dan discussion among we alllz sekarang guna Whatapp. Bos yang sangat berteknologi. Syukurlah.

Yang musykilnya tu, proses untuk upgrade package nie rupanya ambil masa at least 3 hari rupanya. Aku request by call kemarin, dan hari ini baru dapat sms notification. Apapun, monthly bill aku bertambah RM20. Tahniah En Celcom, keuntungan anda bertambah sedikit lagi untuk tahun nie. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI