5th PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2013

5

Amboi, panjang betul nama event ini – 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013. Yeah, untuk kali keduanya aku diberi kesempatan untuk hadir menyaksikan acara yang ‘lain dari yang lain’ ini lagi huhu. Ada ke acara belon panas kat tempat lain di Malaysia ini selain daripada Putrajaya? Tak ada lagi rasanya.

Gigih bangun pagi-pagi semata mata nak tengok belon panas ini terbang. Tahun lepas aku tak berkesempatan nak tengok. Aku datang tengahari. Memang lah belon tak naik. Panas kot huhu. Nak pergi belah malam tak syok. Kamera aku tak mesra waktu malam hahaha.

page 1

Syukurlah tahun nie dapat tengok acara tahunan nie.Seronok tengok belon panas nie. Pelik pulak rupanya huhu. Aku sempat tengok 3 belon panas besar nie je. Rasanya ada lagi beberapa pelon panas yang dah naik sebelum aku sampai. Oh, rugi tak pergi awal.

page 2

Tak pasti berapa kos untuk menganjurkan acara seperti ini. Rasanya diorang nie datang dari pelbagai negara luar.

page 3

page 4

Agak ramai jugak orang yang datang awal kat sinii. Aku datang area jam 7.45 pagi. Time tu pun memang dah ramai orang berkumpul. Not sure diorang dari mana dan datang pukul berapa. Memang gigih.

Apa yang aku perhatikan disini, majoriti yang aku nampak time awal pagi ialah kaum cina. Pastu, agak agak nak pukul 9.00 lebih tu baru nampak ramai melayu. Majoriti yang datang sini membawa keluarga dan sudah semestinya membawa kamera yang entah berapa harganya. Nampak mahal huhu.

page 6

page 7

Aku tertarik dengan mini hot balloon nie. Nampak macam anak beranak yang mengendalikannya. Dok usha usha percakapan diorang, memang sah diorang nie datang dari Thailand. Oh, bahagia rasanya.

Tapi sayang, dek kerana kesilapan time nak isi udara panas tu, kain balloon tu koyak dek kena api. Apapun, budak tu memang pandai main. Kecik2 dah main belon panas. Aku dulu nak beli belon 20 sen pun berkira hahaha.

page 8 page 9

Acara hot balloon ini berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Sebaik sahaja acara tamat, next aturcara ialah demonstrasi para motor ( aku tak pasti namanya ). Memamg syok dan terhibur.

Mahukan info lanjut mengenai 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013? Rujuk Website INI

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI