4 PUNCAK BUKIT BROGA SEMENYIH

Aku sebenarnya baru sahaja balik dari Bukit Broga, Semenyih Selangor. Penat pun tak hilang lagi. Memang niat untuk datang ke sini memang dah lama. Yelah, ramai kawan kawan yang post dan update status mengenai tempat ini di laman sosial masing masing. As orang yang jakun, sudah semestinya aku tak mahu ketinggalan untuk mengalami sendiri pengalaman tersebut. Pengsan

Plan untuk mendaki Bukit Broga ini tercetus apabila housemate lama mengajak aku untuk pergi ke sana. Aku pun follow je lah kan. So, aku skip utk attent program Kak Rose hari ini semata mata untuk mendaki Bukit Broga. Gitew…

Asalnya kami plan mahu pergi seawal subuh. Tapi apakan daya, kita merancang tuhan yang menentukan. Housemate lama aku bangun lewat dan tersesat pulak tu. Pengsan..

Apapun, akhirnya kami sampai juga ke Bukit Broga. Thx to Garmin GPS.. Tanpamu pasti kami akan terkapai kapai atau mungkin tersesat jauh hahaha.. Bukit Broga ini rupanya berhampiran dengan Universiti Nottingham Cawangan Msia rupanya. Hairan juga aku, universiti antarabangsa boleh pula buka cawangan di sini hihi. Mungkin mereka mahu ambil mood kampung yang aman, damai dan menghijau. Katanya..

Kaki bukit Broga ini terletak di kebun kelapa sawit. Jadi, kami dan pendaki lain park kereta di kawasan kebun kelapa sawit atau di tepi tepi jalan. Yang menariknya, kat sini pun ada orang buka kedai makan minum yang simple dan untuk parking kereta di dalam kebun ini, charge RM2 dikenakan. Mungkin untuk kos memulihara kawasan ini kot.

Kami memulakan pendakian dengan jiwa kosong. Gitew.. Aku pula ala ala breakfast simple je. Pengsan.. Orang kata pendakian bukit ini simple je. Jadi, kami buat biasa biasa je lah. Kawan aku siap pakai selipar je untuk mendaki. Boleh?

Ramai juga orang yang sama sam mendaki di sini. Siap ada beberapa buah bus tuuuu. Hebat bukan? Even semasa kami sedang mendaki bukit ini pun, sudah ada beberapa kumpulan yang menuruni bukit. Means diorang sudah sampai awal kot.. Pagi betul diorang datang. Ala2 picnic rasanya..

Apapun, yang penting aku pancit ditengah jalan. Rasa macam nak muntah je. Pengsan. Lucky aku dah buang air besar awal awal lagi. Kalau tak, maunya aku nak berak time tu jugak! So, kami relax ditengah jalan dulu. Huhu.. Asalnya aku tak mahu teruskan pendakian. Tapi lepas aku rasa ada tenaga sikit, aku start balik untuk sampai ke puncak Broga tu. Kira ok r tu. Lagipun aku lama tak bersenam dan berpeluh hahahaha..

Akhirnya, selepas jerih perih dan kepayahan.. Sampai juga kami ke puncak Broga. Tapi curam yang amat untuk naik ke puncak ini. Mungkin aku baru 1st time alami pengalaman ini. Jadi tak biasa dengan semua ini kot. Mungkin kalau aku selalu pergi ke sini.. Semua ini jadi biasa dan biasa sahaja. Lagipun, ramai je group group yang datang dengan family dan anak kecil. Hebat tuuu.. Mak bapak aku pun tak pernah bawak p tempat tempat macam ini. Pergi menyawit atau menoreh atau menebas semak ada r hahaha

Opppst.. Rupanya puncak Broga ini ada 4. Asalnya kami naik sampai puncak yang 1st sahaja. Tapi lama kelamaan, kami sampai juga ke puncak yang ke 3. Tu pun cz tenaga dah pulih kembali dan panorama yang ada memang best. Udara pun nyaman dan segar. Akhirnya… Sampai juga hajat haha. Poyo

Walaupun kami datang lewat.. Tapi kami tetap bertuah cz cuaca di sini dalam keadaan mendung dan berkabus. Jadi, bolehlah ambil gambar dalam keadaan yang sedikit berkabus ini.

Apapun, ada juga orang yang berkhemah di sini. Ramah pula orang orang nya haha. Tak larat. Tapi yang peliknya, ada juga bekas bekas gam di sini. Thk positive je lah. Dan yang penting, ada juga kesan kesan orang buat semacam sambutan harijadi or what so ever yang seangkatan dengan nya. Apapun, gigih betul diorang panjat bukit ni semata mata untuk menda camnie. Taste macam tu kot

Kalau kami datang awal cikit tadi, mungkin boleh pergi ke puncak ke 4 kot. Cz cuaca macam dah nak panas dan tidak berangin, jadi better kami beransur turun. Kalau tak, memang tak tahan dengan panas terik matahari rasanya nanti.

So, maybe next time kami akan datang lagi. Cam best je kan. At least boleh berpeluh dan menjadi salah satu destinasi bersenam aku pada masa akan datang. Peace