Amboi, kotor betul cat litter anak anak kucing nie. Sejak kebelakangan ini, anak anak kucing nie suka kencing sokmo. Berak kurang. That why cat litter diorang cepat kotor dan wajib ditukar berulang kali. Anak anak sedang membesar. Macam tu lah gamaknya kot hihi.
Its time to change babeh. Sampai masanya aku tukar terus cat litter diorang daripada menggunakan silika kepada sisa kayu pain. Harga biasa, 30 liter berharga RM133 lebih. Dek kerana sekarang nie diorang tengah buat promosi, so harganya cuma RM100 sahaja.
Ada banyak jenis cat litter yang camnie. Tapi, jenis inilah yang the best dan paling sesuai untuk anak anak kucing yang tinggal di Apartment. Hanya perlu buang di mangkuk tandas dan jirus sahaja.
Aiiii, untunglah kalau dapat tinggal di rumah atas tanah. Banyak benda boleh buat. Tetiba.
As i mention before, aku secara peribadinya prefer cat litter jenis nie. Totally jimat kos. Memang fully utalize betul lah. Dia betul betul menyerap ketulan ketulan dan cecair najis anak anak kucing nie. Tak nampak kotor dan boleh tahan lama. Memang nampak bezanya.
Ceeeh, aku plak promote kat sini kan? Hihi… tapi memang betul lah, secara praktikalnya, aku berkenan dan suka banget pada sisa kayu pain nie. Pendek kata, memang senang nak urus. Alah membeli, menang memakai. Jimat untuk jangka masa panjang + tahan lama.
Aku beli kat Cat Lover Center The Mines. Not sure petshop lain jual atau tidak. Selain daripada Royal Canin, aku pasti akan borong atau beli lebih cikit Cat Litter ini ( kalau ada duit lebih ). Insyaallah, demi anak anak kucing nie.