MAKAN DI MELAKA KITCHEN BANDAR BARU BANGI

image

Semalam aku dok makan malam di Melaka Kitchen di Bandar Baru Bangi. Tidak pasti alamat lengkapnya, tapi memang terletak berhadapan dengan Wong Solo. Seksyen 7 rasanya tu.

Datang sini pun cz kawan aku dok berzikir nak makan asam pedas kat sini. Dia terpengaruh dengan rancangan Jalan Jalan Cari Makan 2013 pada 21 April 2013 yang lalu. Nampak pengacara rancangan ini dan suki makan kat sini. Sedap katanya. That why gigih datang sini. Hujan hujan pun tetap datang jugak haha.

Datang datang je memang nampak full house. Penuh semua meja. Pengsan. Rasanya, sebelum ni macam tak ramai je yang datang makan sini. Penangan Jalan Jalan Cari Makan kot. Hebat.

image

Agak lama jugak nak menanti makanan yang di order sampai. Restoran baru kot. Xpe, kita tunggu camne rasanya. Aku order asam pedas ikan parang, sayur campur, telur dadar, sambal udang petai dan juga air buah.

image

Air buahnya cair. Sedih.

image

Diorang serve nasi putih dengan timun sekeping dan telur masin.

image

Sayur campurnya not bad. Yummy. Cuma aku dapat makan kobis yang ketul ketul je. Sedih.

image

Not bad juga rasa asam pedasnya. Cuma yang sedihnya tu, aku dapat bahagian body / perut ikan parang. Mean ada banyak duri. Plan nak order daging tetel. Tapi dah abis. Ikan parang pun jadilah huhu. Rasanya agak unik sedikit. Kelainannya ada disitu. Apapun, aku still prefer makcik bibah punya masakan asam pedas. Memang terbaik dan memenuhi selera aku.

image

Order sambal udang petai. Tapi dek kerana petai habis, so terima je lah seadanya. Ingatkan salah order. Tanya balik rupanya petai habis. Kalau tak silap, untuk add on petai kene tambah RM1.20. Agak sedap jugak rasa sambal udang dia. Patut suki kata sedap. Yup, memang sedap.

image

Telur dadar sampai lewat sedikit. Terlupa agaknya. Kawan aku suruh tunggu telur dadar sampai, baru start makan. Tapi aku mana tahan nak menahan nafsu makan. Even makan perlahan lahan pun telur dadar still tak sampai sampai. Last2 sampai setelah aku makan hampir 70 peratus. Pengsan. Sabar je lah.

Apapun, restoran ini boleh pergi jauh. Cuma perlu diperbaiki lagi mutu perkhidmatannya. Lagipun, nampak semangat pemilik restoran ini – dedicated dan bersungguh sungguh. Sampai ketemu lagi pada masa akan datang.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI