AYAM PENYET DI RESTORAN MAMAK HENTIAN KAJANG

image

Minggu lepas, aku dan Miera dok pergi jalan jalan cari pasal kat area Kajang dan Bangi. Alang alang dok berjimba tu, Miera bawa aku pergi makan ayam penyet di sebuah restoran mamak berhampiran dengan Hentian Bus Kajang.

Dia Jawa, aku pun jawa. So, memang hantu makan makanan jawa yang pedas sokmo tu hihi.

image

Agak murah harga set ayam penyet ini. Hanya RM5 sahaja. Kami ambil set ayam penyet. So, dalam set tu ada ayam penyet, sup, nasi, tempe goreng, kubis dan timun. Nyum nyum…. tapi yang pelik dan lain daripada yang lainnya ayam penyet disini ialah ayamnya digoreng dengan tepung sahaja. Persis ayam goreng pun ada jugak rasanya.

My expectation is ayam penyet tu mestilah berempah sedikit dan dipenyetnya dagingnya time dihidangkan kepada pelanggan. Ini 1st time aku jumpa style yang lain.

Apapun, sambalnya sedap dan super pedas. Pastu diorang guna kicap jenama ABC. Memang sah sah made in Indonesia. Agak sedap gak rasanya. Manis gula melaka hihi. Iklan tu yang kata. Not bad.

Rasa tempe gorengnya rangup. Memang puas hatilah.

Emm, aku perhatikan diorang goreng sedikit demi sedikit ayam / tempe tu. Depend on order dan masa rasanya. Menu ayam penyet nie sedap dimakan time panas panas je. Agak agak dah sejuk sedikit memang rasa lemau.

Apapun, harapnya lepas nie boleh explore lebih banyak tempat lagi di kawasan Bangi dan Kajang nie. Banyak tempat makan best dan sedap kat area sini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI